Jarak umur 15 tahun ketika dilantik sebagai Perdana Menteri. (Gambar:The Malaysian Times)
Pada 10 Mei (hari ini) pula dianggap detik manis buat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad, 92 kerana sekali lagi beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia!
Tun M is ready untuk menghadap yg dipertuan Agong 🇲🇾❤️ pic.twitter.com/yLOORcZtSP
— Mohd Hanis Akmal Faris (@Johanisakmal977) May 10, 2018
Dr Mahathir secara rasminya ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini.
Pelantikan itu sekali gus menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memegang pucuk pimpinan negara selama 9 tahun.
Namun apa lebih menarik mengenai pelantikan ini, ia turut menjadikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tertua di dunia yang pernah dilantik! Usianya kini adalah 92 tahun.
Angka itu jauh meningggalkan catatan guinnessworldrecords yang dipegang Perdana Menteri India, Morarji Ranchhodji yang dilantik ketika umur 81 pada tahun 1997.
Sebagai perbandingan jarak usia antara dua Perdana Menteri ini adalah sebanyak 15 tahun!
Selain itu, perlu diingatkan Mahathir juga sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 hingga 2003.
Oleh demikian Mahathir juga mencipta sejarah Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Hebat bukan Perdana Menteri kita kali ini. Diharapkan revolusi yang dibawa ini mampu menjadikan Malaysia sebagai negara disegani ramai.
All the best!
Sumber Beliau Telah Pun Pecah Rekod Dunia!