Menurut penyanyi lagu Setiaku Pasti ini, gambar tersebut untuk mempromosikan solekan sahaja.
"Saya bukan sengaja untuk memuat naik gambar seperti itu dan niat saya hanya untuk mempromosikan solekan sahaja.
"Bahagian itu saya kaburkan sebab tak nampak terlalu seksi namun tak sangka pula boleh cetus kontroversi dan kecaman netizen.
"Soal nak bertudung itu saya tak mahu komen sangat takut jadi salah faham, tapi insyaALLAH satu hari nanti," katanya kepada mStar Online.
Walau bagaimanapun, menerusi tinjaun Kakigosip di laman Instagram miliknya, gambar tersebut telah pun dipadamkan.
Katanya lagi, dia meminta maaf atas kesilapannya itu tambahan pula memuat naik gambar kurang sesuai pada bulan mulia ini.
"Saya akui kesilapan saya dan gambar itu tidak sesuai untuk di muat naik pada bulan Ramadan dan saya minta maaf.
"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu di media sosial," ujarnya.
Sumber Fara Hezel kaburkan gambar terdedah dikecam netizen