Syukur mahkamah tolak tuntutan untuk penjarakan Kakak Lina

PELAKON dan penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan bekas suami, Azmi Hatta yang dikatakan cuba menuduhnya sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab dan ‘memasukkannya’ ke penjara.

Bagaimanapun penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan ini bersyukur apabila mahkamah hari ini menolak tuntutan yang dibuat Azmi.

Elly dalam keadaan sebak berkongsi perkembangan tersebut menerusi sebuah video di laman  Instagramnya awal pagi selepas pulang dari mahkamah.

“Alhamdulillah di bulan yang mulia Kakak Lina dapat keadilan. Syukur Alhamdulillah mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata untuk penjarakan Kakak Lina. Salah satu alasan @azmi_hata adalah  Azmi kata Kakak Lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia.

“@azmi_hata sangat kejam, punya impian nak pisahkan Kakak Lina dengan manja. Tak tahu la bila agaknya @azmi_hata nak move on. Sepatutnya ikut akal logik, Kakak Lina la yang lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby dan keluarga sempurna.

“Kalau nak dibandingkan dengan Kakak Lina selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah, mama dah meninggal. Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis-habis nak seksa dan kacau kehidupan kami tiga beranak. Tak apa dugaan untuk Kakak Lina. InsyaAllah kakak lina tak akan mengalah,” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Elly turut memberitahu ingin mengusulkan cadangan kepada pihak produksi tempat Azmi sedang bekerja untuk memotong sebahagian gaji bekas suaminya itu setiap bulan untuk bayaran nafkah anak tunggal mereka berjumlah RM1500.

“@azmi_hata wajib memberi nafkah kepada Sefhia. Kakak Lina bersyukur mampu sara Sefhia dengan rezeki yang Allah bagi ni, InsyaALLAH. Cuma Kakak Lina nak @azmi_hata bertanggungjawab kepada Sefhia. Itu duit Sefhia, hak dia. Moga kisah Kakak Lina menjadi iktibar buat semua.

“Terima kasih buat En Mahyuddin selaku peguam Kakak Lina yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Syukur rezeki kita. Buat @azmi_hata, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh, tapi bayarlah nafkah anak.

“Dahlah duit hantaran nikah dulu pun Kakak Lina tak dapat, duit iddah selepas bercerai pun tak dapat. Tapi Kakak Lina tak kisah, Kakak Lina halalkan. Tapi duit Manja kau jangan buat hal ye.. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau, baru kau tau,” luah Elly kesal.



Sumber Syukur mahkamah tolak tuntutan untuk penjarakan Kakak Lina

Post a Comment

Previous Post Next Post