Bale menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool untuk membantu Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut - dengan penyerang Wales itu pada awalnya berada di bangku simpanan seperti yang sering dialaminya di bawah jurulatih, Zinedine Zidane.
Bekas bintang Tottenham itu dalam satu temubual selepas perlawanan berkata dia tidak gembira kerana kerap tidak berada dalam kesebelasan utama, membayangkan perpindahan keluar dari Santiago Bernabeu mungkin berlaku.
Dan Ferdinand percaya bahawa Bale mungkin telah mencapai semua yang dapat dilakukannya di Sepanyol, dengan menyatakan kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris akan menjadi langkah ideal bagi pemain berusia 28 tahun itu."Empat juara Liga Juara-Juara, tiga gol Liga Juara-Juara - apa lagi yang perlu dilakukan di Real Madrid oleh Gareth Bale?" tulis Ferdinand dalam Instagramnya.
"Dia melakukan magis dalam aksi besar dan memainkan peranan penting dalam skuad untuk memecah rekod kejohanan di bawah Zidane.
"Sekarang saya rasa ia terpulang kepadanya untuk memutuskan apa yang dia mahu, ada yang mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa untuk buktikan tetapi dia mahu pergi ke suatu tempat untuk memegang peranan penting.
"Atau adakah dia mahu kekal dan meneruskan peranannya sekarang, sebagai pemain simpanan? Secara peribadi saya lebih suka dia kembali ke Liga Perdana (lebih baik ke Manchester United).
"Tulis bab baru sebagai ketua kelab inilah apa yang dilakukan oleh pemain hebat dalam semua sukan, bukan hanya bola sepak."
Bale menamatkan musim 2017-18 dengan 21 gol dan lapan bantuan jaringan daripada 39 penampilan untuk Madrid dalam semua pertandingan.
Sumber Ferdinand gesa Bale untuk kembali ke Liga Perdana