Menteri Pengangkutan , Anthony Loke berkata, kebanyakan korban adalah golongan muda berusia antara 16 hingga 25 tahun.
"Perkara itu (gad umur) perlu dikaji semula memandangkan statistik menunjukkan korban kemalangan jalan raya sebanyak 7,152 orang pada 2016.
“Korban yang berusia 16 hingga 20 tahun adalah kategori yang paling tinggi. Sebanyak 1,161 orang direkodkan pada tahun 2016 bagi umur 16-20 tahun dan untuk lingkungan umur 21 hingga 25 adalah sebanyak 1,000 orang.“Kalau termasuk kanak-kanak dan sebagainya, jumlahnya melebih 2,500 orang, iaitu merangkumi lebih daripada 35 peratus yang meninggal dunia di atas jalan raya di bawah umur 25 tahun,” kata Anthony.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, kadar kematian yang melibatkan pemandu tanpa lesen dari tahun 2011 hingga 2015 adalah 38 peratus berbanding 18 peratus pemandu berlesen.
Had umur minimum pemegang lesen kini adalah 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.
Sehubungan itu, Anthony meminta orang ramai memberi maklum balas mengenai isu berkenaan.
Sumber Had umur pengambilan lesen memandu mungkin perlu dikaji - Anthony Loke