Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Idaman di sini dari Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira 4.50 petang diiringi anggota keluarga terdekat.
Jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan Allahyarham dilihat hadir menziarahi jenazah buat kali terakhir di rumahnya sebelum dibawa ke Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Klang untuk disolatkan.
Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan tersebut kira-kira 5.30 petang untuk dikebumikan.BACA: Nuralya Damia tak pernah adu terima ugutan - Rakan
BACA: Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh
Penuntut tahun akhir Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian KVPD itu ditemukan mati pada kira-kira 10.30 malam tadi dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki daripada kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa ditahan polis di rumah sewanya di Taman PD Idaman, Port Dickson malam tadi.
Dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Hari ini, media melaporkan bapa Allahyarham Nur Alya Damia, Hairi Jamil, 45, berkata remaja tersebut sepatutnya pulang ke Klang petang ini selepas tamat kuliah namun tidak menyangka beliau menjemput anaknya dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
-- BERNAMA
Sumber Jenazah pelajar wanita dipercayai mati dibunuh selamat dikebumikan