Harap Shawn Mendes Nampak Usaha Gadis Ini Selepas Karyanya Tular Di Twitter

Harap Shawn Mendes Nampak Usaha Gadis Ini Selepas Karyanya Tular Di Twitter

Practice makes perfect kan? Itulah kata dorongan yang boleh diberikan pada gadis manis berasal dari Tawau, Sabah ini.

 

Baru tiga tahun berkecimpung secara serius dalam bidang lukisan dan solekan, Madihah Binti Mohamud atau lebih mesra dipanggil Mady, 23 tahun, minat terhadap lukisan bermula sejak kecil lagi. Daripada kertas lukisan, Mady cabar dirinya untuk menjadikan wajahnya sebagai kanvas.

 Gadis 23 tahun dari Sabah.

Bagi pelajar jurusan Ijazah Georgrafi dari Universiti Malaysia Sabah ini, dia banyak belajar lukisan dan solekan dari karya-karya lukisan muka dari artis tempatan mahupun luar negara di Instagram, YouTube dan pelbagai lagi. Nampak tak berfaedahnya laman sosial ini jika anda gunakan ia dengan baik.

 

Menurut Mady, “saya tak pernah masuk mana-mana kelas solekan tetapi saya hanya berlatih di rumah sahaja. Mujur keluarga dan kawan-kawan sokong minat saya dalam bidang solekan dan lukisan muka.”

 Salah satu karya lukisan muka ciptaannya.

Minat solekan dan lukisan Mady ini membawa kepada satu lagi cubaannya meniru kulit album penyanyi antarabangsa. Antara pilihan Mady adalah album terbaharu Shawn Mendes kerana dia suka dengan imej dan ilustrasi abstrak dan estetik bunga.

  Inspirasi dari kulit album Shawn Mendes.

“Bagi saya, kulit depan album ini sampaikan makna yang dalam bahawa semua orang adalah istimewa pada diri masing-masing. Mungkin orang lain tidak dapat lihat yang diri kita sendiri ada nilai estetik tapi hanya diri sendiri. Dalam muzik video 'In My Blood' juga sangat artistik kerana dia menceritakan tentang anxiety yang dialaminya”, jelas Mady.

 

Memuat naik gambar solekan tersebut di Twitter, Mady berharap agar Shawn dapat melihat sendiri usaha yang memakan masa selama empat jam itu.  Gambar itu sahaja setakat ini telah mendapat hamper 1,836 retweet dan 3,000 likes. Namun, sehingga ke hari ini belum ada respon dari pihak Shawn Mendes. “Mungkin Shawn Mendes busy dengan siri jelajah sekarang”, kata Mady. Selain album Shawn Mendes, Mady turut berkarya menerusi album Halsey.

 

Pesan anak kedua dari lima adik-beradik ini, “lebih baik guna alat solek drugstore yang lebih murah daripada guna facepaint. Saya pun banyak guna makeup seperti liquid lipstick, eyeliner hitam dan putih serta eyeshadow. Yang penting kita pandai main warna untuk shading supaya ilustrasi hidup. Minat dan kesabaran juga sangat diperlukan untuk detailing.

 Semoga karyanya mendapat perhatian.

Menjadikan artis tempatan seperti  Saraswati (@queenoflune), Neb (fx.cat), Hammada Bamadhaj Omar (@hammadart) dan artis luar negara seperti Dain Yoon (@designdain) dan Mimi Choi (@mimles), semoga karya Mady akan mendapat perhatian ramai dan boleh menjadikan dia sebaris idola-idolanya.



Sumber Harap Shawn Mendes Nampak Usaha Gadis Ini Selepas Karyanya Tular Di Twitter

Post a Comment

Previous Post Next Post