Ini Hal-Hal Penting Tentang Pilihan Raya Yang Kau Perlu Tahu

Sejak kebelakangan ini banyak info tak betul tentang proses mengundi dikongsi orang seperti hal berikut:

1. Pakaian — Sebenarnya tiada pun arahan yang kata kena pakai macam orang pergi office seperti yang disebar orang.

Asalkan pakaian takda logo parti – all ok.

Juga kalau bawa anak, baju belon yang dipegang pun tak boleh ada logo parti.

Ini peraturan. Kempen tamat sebaik masuk pukul 12tgh malam 9hb Mei. Jadi kena patuh.

2. Kerani akan tipu kata nama anda tak ada dalam daftar pengundi di saluran – Gunakanlah aplikasi mySPRSemak. Masuk no IC sahaja semua info keluar. Screenshot siap-siap.

Nanti hari mengundi tengok pusat mengundi mana, saluran mana. Terus ke saluran.

Tak payah beratur di barong. Tak perlu berpanas berhujan macam dulu. SPR dah mudahkan proses.

Dan pastikan anda ke pusat mengundi dan saluran undi yang betul!

3. Dakwat kekal – Sebenarnya tisu yang disediakan adalah untuk kegunaan petugas, bukan orang ramai.

Tapi atas budi bicara mereka boleh beri. Pada PRU lepas di tempat saya mereka beri.

4. Undi Rosak – Istilah ini pun ramai orang salah faham.

Yang dikatakan undi rosak tu adalah sewaktu dalam tempat undi, kertas undi kita rosak.

Contohnya terkena dakwat kekal, terkoyak, tersalah tanda dan sebagainya.

Jika ini berlaku, boleh minta kertas undi baru.

Yang orang dok kempen ‘undi rosak’ dengan memangkah semua kotak atau menconteng kertas undi itu sebwnarnya dipanggil ‘Undi Ditolak’.

Maksudnya, si pengundi melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pengundi untuk hadir ke pusat mengundi, mengesahkan identiti dirinya sebagai pengundi sah dan seterusnya menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Cuma akibat tindakannya yang membuat tanda yang tidak diterima, maka undinya ditolak sewaktu proses kiraan undi kerana tak pasti siapa yang dia pilih.

5. Kertas undi ditambah dalam peti – Selepas pusat mengundindi ditutup, Ketua Tempat Mengundi setiap saluran perlu dengan sesegera mungkin memulakan proses mengira undi.

Untuk pengetahuan, benda pertama yang mereka akan buat adalah mengira JUMLAH KERTAS UNDI DI DALAM PETI dan bukannya kira siapa dapat undi banyak mana dahulu.

Ini dibuat untuk pastikan tiada kertas undi TAMBAHAN ada dalam peti undi. Kalau kurang boleh jadi ada pengundi yang bawa keluar kertas undi (yang sebenarnya satu kesalahan).

Apa yang penting, jangan lebih.

Kalau ada lebih, KTM akan conter check dengan nombor siri kertas undi. Hanya nombor siri yang dikeluarkan saluran itu sahaja diterima untuk kiraan di saluran itu.

Makna kata kalau kita ambil kertas undi di saluran lain lepas itu nak masukkan kertas undi itu di peti undi saluran lain, tak dibenarkan dan kalau buat juga, undi itu tak akan dikira.

Semua proses ini dibuat dengan kehadiran Ejen Mengira Undi semua calon/parti yang bertanding.

Jadi, tiada ruang nak tambah kertas undi.

No way.

Sekian dahulu perkongsian saya.

Ada soalan boleh tanya ya.

Ali Imran
Wartawan Awam

Ali Imran



Sumber Ini Hal-Hal Penting Tentang Pilihan Raya Yang Kau Perlu Tahu

Post a Comment

Previous Post Next Post