Dr Shahruddin Badruddin menafikan penglibatannya dalam program bersama Sultan Selangor persediaan menjadi menteri besar.
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Shaharuddin Badaruddin menafikan penglibatannya dalam program bersama Sultan Selangor sekarang ini langkah awal untuk dilantik sebagai menteri besar.
Adun Seri Setia itu berkata mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah sebahagian tugasnya sebagai exco hal ehwal agama.
“Atas kedudukan portfolio yang saya pegang, wajib untuk saya hadir ke mana-mana program sultan. Selain menteri besar, saya antara orang yang kena hadir ke program,” katanya kepada FMT.
Shaharuddin sepanjang Ramadan ditugaskan untuk mengiringi Sultan Selangor dalam program rasmi hampir setiap hari.
Shaharuddin antara calon yang disebut untuk menggantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar, selepas Azmin menerima tawaran menjadi menteri persekutuan.
Sebelum ini, Azmin berkata menteri besar baru mungkin dilantik selepas sambutan Aidilfitri.
Azmin berkata PH Selangor akan berbincang mengenai calon menteri besar minggu depan sebelum nama diserahkan kepada Sultan Selangor.
Shaharuddin berkata dia tidak tahu sekiranya namanya akan dimasukkan dalam senarai calon menteri besar, dan berkata pemilihan calon pastinya akan dibincangkan oleh keempat-empat parti komponen PH.
“Rakan-rakan kongsi Pakatan Harapan kena hormat PKR kerana PKR memenangi lebih 21 kerusi. Jika dulu ada pertikaian kerusi tetapi kali ini tidak boleh disangkal,” katanya.
Azmin: MB Selangor baru mungkin dilantik selepas raya
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
Sumber Iring Sultan Selangor tugas rasmi, bukan langkah jadi MB