Haliza, 45, mendedahkan lelaki berkenaan berasal dari Oxford, England namun menjelaskan hubungan mereka belum sampai tahap bercinta kerana enggan terburu-buru tentang soal hati dan perasaan.
"Apa yang boleh saya katakan memang saya sedang berkawan dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris berasal dari Oxford, England.
"Masih dalam proses berkawan dan kalau boleh tidak mahu terburu-buru, biar kenal terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Haliza menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan tentang soal perkahwinan kerana ia tidak menggambarkan dirinya sebagai individu.
Jelasnya, perkahwinan bukan penentu sama ada dia akan menjadi individu lebih baik dan enggan terikat dengan status diletakkan oleh masyarakat.
"Saya tidak pernah menilai diri sendiri berdasarkan usia, penampilan atau fizikal dan status berkahwin atau tidak ia bukan menggambarkan diri saya yang sebenar.
"Just go with the flow... Saya tidak mahu terikat dengan status masyarakat yang seorang perempuan itu harus berkahwin pada usia tertentu.
"Siapa tahu esok lusa saya berkahwin?," jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai projek terbaharunya, Haliza berkata, drama lakonannya Air Mata Syurga kini sedang ditayangkan di saluran HyppSensasi, Unifi TV.
Katanya, dia menerima tawaran tersebut kerana jalan ceritanya yang berat selain wataknya sendiri bukan tipikal yang sering diberikan kepada aktres senior sepertinya.
Air Mata Syurga turut menampilkan barisan pelakon seperti Tasha Shilla, Afiq Muiz, Elly Suriati dan ramai lagi.
Ia disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 9 malam.
Sumber Jejaka Inggeris kekasih Haliza Misbun?