Menerusi kempen tersebut setiap penjualan siri diberi nama 'Aaron Aziz Series Ruqyah Edition', sebanyak 20 peratus keutungan diperolehi akan disumbangkan kepada rumah kebajikan terpilih.
Berkongsi kisah disebalik kerjasama ini, Aaron menjelaskan minat yang mendalam terhadap seni khat membuka ruang kepada kerjasama ini diadakan.
“Perkenalan dengan pihak TopKhat dalam satu kerjasama sebelum ini membuka ruang untuk kami berkolaborasi dalam kempen ini.
“Melihatkan hasil seni khat yang dihasilkan membuatkan saya tertarik dan memikirkan bentuk kerjasama sesuai. Saya berasakan kempen yang diwujudkan ini lebih dekat dengan jiwa saya.
“Bukan saja bermanfaat untuk pembeli, tetapi mampu memberi kegembiraan kepada orang lain. Saya percaya, kempen ini boleh berjaya dengan usaha dan kerjasama semua,” katanya.
TopKhat yang ditubuhkan sejak 2011, menjadi perhatian melalui rekaan moden dan kontemporari selain tidak ketinggalan memastikan khazanah seni tertua milik orang Islam ini dapat dinikmati pelbagai golongan dengan harga yang berpatutan.
Tahu akan keperluan masyarakat Islam kini yang tidak sekadar melihat seni sebagai sesuatu yang terpencil, seni khat juga menjadi pilihan semasa bagi mereka yang mahukan rekaan dinding rumah mahupun pejabat yang lebih menarik.
Mempunyai pelbagai pilihan, setiap rekaan TopKhat juga datang dengan nilai eksklusif tersendiri memandangkan setiap produk yang dihasilkan di TopKhat dihasilkan mereka yang mempunyai minat yang tunggi terhadap seni ini.
Lima rekaan berbeza yang dinamakan Abu Bakr As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibn Affan Ali Bin Abi Talib dan Khalid Ibn Al-Walid.
Kesemua rekaan ini juga akan disertakan dengan pilihan enam ayat Ruqyah iaitu, Al-Fatihah, Al Baqarah (ayat 1-5), Al Baqarah (ayat 102), Ayat Kursi, Al Baqarah (ayat 285-286) dan Al Hasyr (ayat 21-24).
Sementara itu setiap rekaan hadir dalam enam ukuran yang berbeza dengan harga bermula RM99 hingga RM999 dan tempahan boleh dibuat menerusi www.topkhat.com atau galeri di Shah Alam dan Brunei.
Sumber 'Journey To Insyirah' usaha Aaron Aziz bantu golongan memerlukan