"Perasaan cinta tetap milik dia, sedikit pun tidak pernah kurang"

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari meluahkan kata-kata romantis khas buat isterinya, Scha Alyahya sempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, biarpun sudah enam tahun melayari alam rumah tangga, perasaannya terhadap aktres berkenaan tidak pernah kurang.

"Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari.

"Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya," tulisnya di Instagram malam Jumaat.

Awal dan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkahwin pada 5 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan Lara Alana yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, Awal turut berkongsi beberapa keping foto pada hari istimewa itu di laman sosialnya.

Pada posting lain, bekas pengacara Melodi ini berkata, dia menerima Scha sebagai teman hidupnya pada enam tahun lalu kerana melihat masa depannya di mata wanita itu.

"Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya di mata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya" ujarnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.



Sumber "Perasaan cinta tetap milik dia, sedikit pun tidak pernah kurang"

Post a Comment

Previous Post Next Post