Kes ganja: Representasi Sofi Jikan gugur pertuduhan ditolak

JABATAN Peguam Negara hari ini menolak representasi dikemukakan oleh pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan bagi menggugurkan pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) atau ganja yang dihadapinya, tiga bulan lalu.

Keputusan menolak representasi bagi menarik balik pertuduhan terhadap Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy kepada Majistret Nurul Huda Zakariya dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Berikutan keputusan itu, mahkamah menetapkan 6 Jun ini untuk pengurusan kes bagi persediaan perbicaraan.

Pada 13 Februari lalu, Sofi yang diwakili peguam Datuk Haniff Hashim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) tiga bulan lalu di Pejabat Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kira-kira 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Pelakon itu didakwa mengikut Sek­syen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Februari  lalu, Sofi telah ditahan kira-kira 10 malam semasa hadir di Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan kepada polis bersabit laporan yang dibuat Datuk Farid Kamil beberapa bulan lalu.



Sumber Kes ganja: Representasi Sofi Jikan gugur pertuduhan ditolak

Post a Comment

Previous Post Next Post