Nama pelakon dan pengacara Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan hangat netizen di media sosial berikutan viralnya gambar fesyen pakaiannya yang dianggap pelik dan entah apa-apa.
Menurut sumber, pakaian yang digayakan oleh Neelofa dalam satu acara fesyen itu merupakan fesyen terkini dari Marc Jacob Collection dan difahamkan, fesyen itu juga pernah digayakan oleh seorang model terkenal.
Semakan di laman Marc Jacob Collection mendapati, harga bagi pouch bag sahaja adalah $350 (RM1,379), manakala bagi Oversized Blazer dengan pouch bag tersebut berharga $2,800 (RM11,033.40) dan telah habis dijual.
Di media sosial, netizen menganggap fesyen yang digayakan itu pelik. Turban yang dipakai oleh Neelofa itu juga kelihatan seperti tuala, apatah lagi dengan pouch bag yang dipakainya itu.
"Aku rasa Lofa ni rushing tadi nak pergi event, tuh yang pinjam pouch bag makcik cafe," - @izzisalleh
"I thought she was makcik-makcik do if you tak mention Lofa, mesti I tak perasan, hahaha!" - @syedfazreen
"Lofa kena sedar, tak pun peminat fanatik dia bagi kesedaran kat dia bahawasanya dia Pendek, high Fashion not for her. Tak kisah la apa brand sekalipun. Kalau yang pakai dah tak cantik, tetap tak cantik," @caprighost
Tak sangka Neelofa sama taste dengan aku - Adam Maya
Netizen juga sempat mengayakan pakaian kerja yang seakan-akan fesyen yang dipakai oleh Neelofa.
|
Sumber 'Makin tak faham dengan fesyen dia, kadang eksotik sangat' - Netizen kritik fesyen pelik Neelofa
Tags:
thereporter