“Mana ada bercinta, tak terpikat pun” - Ini jawab gadis seiras Aiman Tino

GADIS yang memiliki wajah seiras Aiman Tino iaitu Nur Syafiqah Abdul Rahman berkata hubungan rapatnya dengan penyanyi itu hanya sekadar kawan baik sahaja.

Nur Syafiqah atau lebih dikenali sebagai Pyka, 19, itu berkata, status yang dimuat naik oleh penyanyi lagu Rela Ku Benci di Instagramnya itu hanya sekadar bergurau.

"Sejak wajah saya tular dikatakan seiras Aiman, kami sudah beberapa kali berjumpa cuma Isnin lalu kami betul-betul ambil gambar bersama dan muat naik di Instagram.

"Dia ketika itu ada kerja di Jengka dan saya menetap di Temerloh, Pahang. Dia tiada kawan di sana, jadi saya teman dia jalan-jalan," ujarnya .

Pyka diminta mengulas tentang foto dan kapsyen dia dan Aiman Tino yang mendapat perhatian netizen seolah-olah sedang bercinta.

Bercakap tentang perkara itu lagi, Pyka berkata, dia tidak jatuh hati dengan penyanyi berkenaan biarpun mengakui Aiman seorang yang comel.

"Mana ada kami bercinta, dia gurau-gurau sahaja, saya tidak terpikat pun dengan dia.

"Aiman pun ada ciri-ciri tersendiri perempuan yang dia suka. Tapi tida dinafikan dia seorang yang comel," ujarnya.

Sementara itu, Pyka mengakui, pengikut Instagramnya bertambah selepas wajahnya menjadi tular setahun lalu.

Dia kini mempunyai lebih 100,000 pengikut laman sosial dan bergelar selebriti Instagram.

"Alhamdulillah, rezeki saya lebih murah lepas viral itu, pengikut Instagram kini mencecah 100,000 ribu.

"Banyak undangan ke majlis-majlis pelancaran dan kerja-kerja modeling sambilan," ujarnya.

Pyka berkata, dia juga dalam perancangan untuk berpindah ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Katanya, dia juga berminat untuk mencuba nasib dalam bidang seni lakonan jika diberi peluang.

"Saya akan pindah ke Kuala Lumpur lepas hari raya, buat masa ini saya ingin fokus dalam bidang peragaan dan kalau ada peluang berlakon apa salahnya," ujarnya.



Sumber “Mana ada bercinta, tak terpikat pun” - Ini jawab gadis seiras Aiman Tino

Post a Comment

Previous Post Next Post