Maya Karin dah dapat lebih 20,000 tandatangan

PELAKON jelita Maya Karin menerusi akaun Twitternya menyeru agar orang ramai membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia untuk menandatangani petisyen yang telah pun bermula sejak 18 Mei lalu.

Petisyen ini adalah untuk meminta kerajaan persekutuan yang baharu mengekalkan dan memperkasa portfolio alam sekitar.

"Kepada anda semua yang dihormati, kami cuba untuk mencari kira-kira 20,000 tandatangan untuk memberi impak.

"Petisyen ini terdapat dalam bahasa Inggeris, BM (Bahasa Malaysia), Tamil dan Mandarin. Sila kongsikan dan galakkan lebih ramai orang untuk tanda tangan. Kami memerlukan semua bantuan anda untuk melakukan perkara ini," tulisnya.

Setakat ini sudah lebih 25,000 orang menyokong dan menandatangani petisyen tersebut.

Kumpulan itu menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio ini dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar.

Maya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong usaha itu dan masih meneruskan usaha tersebut.

"23,000 and counting! Thank you!," Twit Maya.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 14 anggota Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Pun begitu, sehingga kini menteri bagi menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar belum ada dalam senarai tersebut.



Sumber Maya Karin dah dapat lebih 20,000 tandatangan

Post a Comment

Previous Post Next Post