Minggu ketujuh, harga petrol, diesel terus kekal

Harga runcit petrol RON95 bagi tempoh 3 Mei hingga 9 Mei ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) manakala harga diesel RM2.18 seliter. — Foto ReutersHarga runcit petrol RON95 bagi tempoh 3 Mei hingga 9 Mei ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) manakala harga diesel RM2.18 seliter. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 2 Mei — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk minggu ketujuh berturut-turut.

Harga runcit petrol RON95 bagi tempoh 3 Mei hingga 9 Mei ialah RM2.20 seliter,  RON97 (RM2.47 seliter) manakala harga diesel RM2.18 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dalam laman sesawangnya hari ini,menyatakan harga runcit berkenaan tidak berubah sejak 22 Mac lepas.

Mekanisme penetapan harga petrol dan diesel secara  mingguan mula berkuat  kuasa pada 29 Mac tahun lalu. Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Dis 2014 berikutan penghapusan subsidi minyak.  — Bernama



Sumber Minggu ketujuh, harga petrol, diesel terus kekal

Post a Comment

Previous Post Next Post