Pada saingan itu, pelumba Ducati, Jorge Lorenzo menguasai kedudukan pertama pada awal perlumbaan yang disaingi hebat oleh pelumba Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco serta rakan sepasukan Lorenzo, Andrea Dovizioso.
Namun Marquez berjaya mengatasi dua seteru rapatnya selepas Dovizioso terjatuh ketika memasuki pusingan keenam dan pelumba petak pertama yang juga pilihan tuan rumah, Zarco juga terjatuh pada dua pusingan selepas itu.
"Saya mahu mengatasi Lorenzo dan saya rasa para peminat akan memahaminya kerana saya cuba yang terbaik untuk menang," kata Zarco.Dua insiden kemalangan terbabit memberi peluang kepada pelumba Repsol Honda itu memecut laju memintas Lorenzo di depan dan terus menguasai perlumbaan hingga menamatkan saingan dengan catatan keseluruhan 14:49.773.
“Ketika perlumbaan berlangsung, saya lihat keadaan litar membuatkan tayar menjadi tidak cengkam berbanding semalam (kelmarin).
“Secara keseluruhan, saya gembira dengan kejayaan hari ini kerana perlumbaan di litar menjadi sengit dan sukar disebabkan semua pelumba sangat rapat dan laju,” ujar Marquez.
Pelumba Alma Pramac Racing, Danilo Petrucci menamatkan saingan tempat kedua dan pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi di kedudukan ketiga.
Sementara itu, pelumba MotoGP negara, Hafiz Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12 sekali gus mengutip empat mata selepas memulakan perlumbaan pada petak ke-14.
Hafizh yang juga dikenali sebagai El Pescao mempertahankan kedudukannya sebagai status pelumba baharu terbaik dengan kelebihan satu mata mengatasi Franco Morbidelli.
Sumber MotoGP Perancis: Marquez raih juara hatrik