"Saya tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
Bagaimanapun kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa dirinya.
“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," ujarnya yang telah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.
BACA: Uqasha Senrose Ditahan, Dadah Jenis Erimin 5 Dalam Beg Tangan
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.
Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.
Sumber “Orang Saja Nak Kenakan Saya, Dugaan Apa Pula Kali Ini” – Uqasha Senrose