Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian, 67,  mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16.

Beliau mengangkat sumpah di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada jam 3 petang tadi, menurut kenyataan Royal Johor Press.

Osman adalah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Osman mendapat restu daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menjawat jawatan Menteri Besar Johor ke-16.

Osman menandatangani watikah pelantikan dan rahsia-rahsia kerajaan.



Sumber Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16

Post a Comment

Previous Post Next Post