Tun Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Penasihat akan dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, taikun Tan Sri Robert Kuok, Penolong Setiausaha Agung, Jowo Kwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah pengumuman berhubung penubuhan Majlis Penasihat yang ditubuhkan sebagai penasihat kabinet di bawah pentadbiran baharu Tun Mahathir.
BACA: Zeti, Robert Kuok dan Hassan Merican, kenali tokoh Majlis Penasihat
Tugas Khas Majlis Penasihat
Majlis Penasihat ini ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat.
Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Sorakan di media sosial
Netizen di media sosial meraikan pelantikan Majlis Penasihat itu dengan menggelar ahli-ahli itu sebagai 'Avengers' versi Malaysia.
Media sosial dibanjiri dengan keterujaan netizen yang berpendapat bahawa penubuhan Majlis Penasihat adalah satu keputusan bernas yang diambil oleh Mahathir dalam pembentukan kabinet baharu.
Ramai menyatakan bahawa penubuhan majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan akademik itu adalah langkah pertama parti HARAPAN dalam memastikan perkembangan progesif negara.
Ini adalah Malaysia yang baharu
Tidak ada pihak yang boleh mempengaruhi Majlis Penasihat
Merealisasikan Wawasan 2020
Tun Mahathir seorang badass
Macam filem 'Lord of The Rings'
Majlis Penasihat memenuhi janji parti HARAPAN
'Avengers' versi Malaysia
Mahathir hari ini mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau.
Lim Guan Eng dari DAP dilantik sebagai Menteri Kewangan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan.
Sumber Penubuhan Majlis Penasihat negara: 'Macam Avengers versi Malaysia' - Netizen