PUTRAJAYA, 4 Mei — Pakatan Harapan (PH) mensasarkan 10 juta pengundi di seluruh negara mengikuti siaran langsung ceramah 8 Mei di Langkawi.
Ceramah sehari sebelum pembuangan undi itu bakal menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan jam 10 malam melalui Facebook bekas perdana menteri itu.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata ceramah PH di seluruh negara akan dihentikan untuk memberi laluan kepada ceramah pengerusi Pakatan Harapan itu.
“Ia bakal menjadi ceramah yang besar,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media hari ini, yang turut dihadiri Dr Mahathir di Perdana Leadership Foundation di sini.
Syed Saddiq juga mendakwa tontonan ceramah Dr Mahathir di Putrajaya malam tadi, mencecah 60,000 tontonan di Facebook dan diikuti dua juta orang.
“Kami mahu ia meningkat lima kali ganda dan mencecah 10 juta penonton,” katanya
Baca selanjutnya di Malay Mail
Sumber Pakatan sasar 10 juta pengundi ikuti ‘live’ Dr M di Langkawi