MCA Segamat nafi ahli terlibat pasang bendera PKR

Ketua MCA Segamat Datuk Dr Lee Hong Tee (tengah) menunjukkan gambar tular mendakwa anggota parti itu terlibat dalam pemasangan bendera PKR. — Foto BernamaKetua MCA Segamat Datuk Dr Lee Hong Tee (tengah) menunjukkan gambar tular mendakwa anggota parti itu terlibat dalam pemasangan bendera PKR. — Foto BernamaSEGAMAT, 4 Mei — MCA Bahagian Segamat menegaskan dakwaan kononnya terdapat anggotanya terlibat dalam pemasangan bendera PKR seperti ditularkan di laman sosial semalam adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah.

Ketuanya Datuk Dr Lee Hong Tee berkata sebenarnya penyokong PKR memasang bendera PKR di hadapan bilik gerakan MCA Cawangan Tambang Batu 7.

“Sebenarnya mereka (penyokong PKR) yang berehat sebentar dan minum di kedai kopi sebelah bilik gerakan MCA telah meletakkan barang kempen di hadapan bilik gerakan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata setelah menyedari perkara itu, petugas MCA yang berada di bilik gerakan itu telah meminta dengan cara baik agar penyokong PKR berkenaan mengalihkan bahan kempen itu dan mereka akur.

“Namun terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar tersebut di media sosial,” katanya dan menurutnya pihaknya akan membuat  laporan polis sekiranya gambar itu terus ditularkan kerana ia menjejaskan nama baik MCA dan juga Barisan Nasional (BN). — Bernama



Sumber MCA Segamat nafi ahli terlibat pasang bendera PKR

Post a Comment

Previous Post Next Post