"Setiap Hari Makcik Bayangkan Dia Ada Depan Mata" - Luahan Ibu Sirul Meruntun Jiwa

Hati ibu mana yang tak berduka apabila anak sendiri ditahan jauh setelah didakwa atas pertuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu, 28, antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang.

 

Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samat, 76, berkata, "“Setiap hari makcik bayangkan dia ada di depan mata, tapi makcik tahu hakikat anak makcik tak lagi dibenarkan balik ke Malaysia. Dia juga rindukan makcik, setiap kali kami berhubung dia pasti akan bertanyakan kesihatan makcik, makcik makan apa."

 

Sirul sudah tiga tahun ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia, bermula sejak 20 Januari 2015.

 

Namun harapan Sirul kembali ke pangkuannya cerah apabila dia menyatakan sedia membantu kerajaan Pakatan Harapan untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku berkaitan kematian model Mongolia dengan syarat dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baru Malaysia.

 

Sambil menitiskan air mata, Piah menjelaskan sepanjang tiga tahun anaknya ditahan, dia berkesempatan bertemu anaknya itu, dua kali. "Makcik harap sangat kerajaan sekarang boleh bawa dia balik. Makcik bersyukur dan gembira dengan keadaan dia di sana, dia baik-baik saja, tapi lebih baik kalau dia selalu ada depan mata."

 

Sirul terdahulu mengemukakan syarat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong kerana tanpa pengampunan itu, dia tidak boleh dilepaskan dan pulang ke Malaysia.

Sumber: Sinar Harian



Sumber "Setiap Hari Makcik Bayangkan Dia Ada Depan Mata" - Luahan Ibu Sirul Meruntun Jiwa

Post a Comment

Previous Post Next Post