Sifar GST bermula 1 Jun - TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melaksanakan sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua kegunaan elektrik berkuatkuasa 1 Jun, 2018, sejajar dengan pelaksanaan kadar sifar GST pada tarikh sama.

Untuk bil elektrik Mei/Jun 2018, kadar GST adalah prorata, kata syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan TNB dinasihatkan menghubungi TNB CareLine di 1300-88-5454 atau www.myTNB.com.my.

— BERNAMA 



Sumber Sifar GST bermula 1 Jun - TNB

Post a Comment

Previous Post Next Post