Katanya kalau parti itu mengambil nasihatnya, mungkin tekanan yang dirasai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berkurangan.
“Saya juga mempersoalkan kedudukan ketua bahagian yang menjadi ‘warlord’ sehingga tidak boleh ditegur, ketua-ketua perhubungan pun begitu juga, apatah lagi ‘maestro’ yang besar-besar di pusat, sudah tidak dapat diolah untuk dijadikan contoh lagi,” katanya kepada Astro AWANI.
Bekas Ahli Parlimen Jelebu itu bagaimanapun mengakui masih sayangkan UMNO dan berharap dapat betulkan organisasi yang pernah dianggap sebagai parti keramat orang Melayu itu.
“Ini bukan bermakna saya tidak boleh ubat UMNO dari luar. Dari dalam dah tak boleh, sebab apabila disebut sahaja (kritikan) maka anda dianggap sebagai orang asing,” akur beliau.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 5 Mei lalu mengesahkan pihaknya sudah memecat Rais bersama dua lagi veteran UMNO, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.
Keputusan itu dibuat susulan tindakan Daim dan Rafidah menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan menghadiri ceramah Pakatan Harapan, manakala Rais pula membidas UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya secara terbuka kerana membuang gambar Tun Dr Mahathir Mohamad daripada papan iklan pembangkang.
Rafidah bagaimanapun memaklumkan sudah lebih awal keluar daripada UMNO sementara Daim pula menyatakan Tengku Adnan tiada kuasa untuk memecatnya.
Sumber Terima 'rejaman' kiri kanan, Rais Yatim akhirnya luah rasa terpendam!