KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.
Sumber Tun Mahathir berbuka puasa bersama warga polis
Ia merupakan majlis berbuka puasa yang julung kali dihadiri oleh Tun Mahathir bersama warga PDRM tahun ini.
Turut hadir sama adalah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Turut mewarnai majlis adalah kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar dan Ketua-Ketua Polis Negeri.Tun Mahathir dan isteri tiba di perkarangan masjid sekitar jam 7.10 malam tadi.
Antara lain yang turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini adalah 80 pelajar Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang, Sentul.
Majlis diteruskan dengan solat Isyak disusuli dengan solat Terawih bersama dif-dif kehormat.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 warga PDRM.
Sumber Tun Mahathir berbuka puasa bersama warga polis
Tags:
Viral AA+