Menurutnya, PDRM akan bekerjasama bersama Polis Diraja Thailand (RTP) untuk membawa pulang suspek ke tanah air dalam masa terdekat ini.
Terdahulu, beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru yang viral Disember tahun lepas, dikesan telah melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di negara jiran itu.
Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Dis tahun lepas, seorang lelaki berusia 44 tahun ditikam dan dilanggar oleh sebuah kereta mewah BMW berwarna putih dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di bandar raya itu.Mangsa yang sempat bergelut kemudian ditikam, dilanggar dan digilis sehingga mati.
Kejadian pembunuhan kejam itu turut dirakam oleh pelanggan stesen minyak itu dan menjadi viral di laman-laman sosial.
Polis menahan 14 orang untuk siasatan, dengan 11 daripada mereka telah pun dibebaskan manakala seorang yang masih ditahan polis merupakan suspek utama kes pembunuhan yang menggemparkan seluruh negara itu.
BACA: Kes tikam, langgar: Suspek umur 22 tahun disambung reman
BACA: Kes tikam, gilis: Polis jumpa BMW putih
Sumber Dalang kes bunuh di stesen minyak JB ditangkap - KPN