KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan bahawa video yang tular di media sosial sejak awal hari ini melibatkan seorang petugas SPR yang ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi bukannya berlaku semasa Hari Pengundian Awal, semalam.
Sumber Video PRU13 ditularkan semula - SPR
Sebaliknya menerusi satu kenyataan media, SPR menyatakan rakaman video yang tular itu adalah kejadian yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-13, iaitu pada tahun 2013.
Tambah SPR lagi, video itu juga pernah disiar dan tersebar menerusi beberapa akaun Facebook antara 4 hingga 7 Mei 2013 dan kini ia ditularkan semula bagi membangkitkan kerisauan dalam kalangan rakyat."Oleh itu, SPR berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan sebarang mesej atau visual yang tersebar di media sosial atau turut menyebarkannya tanpa pengesahan," kata kenyataan itu.
VIDEO: #MalaysiaMemilih: Berita palsu: video PRU13 ditular semula
Sumber Video PRU13 ditularkan semula - SPR
Tags:
Viral AA+