[Gambar – tetap mesra... Zahid dan Khairy bersenda gurau semasa bersua di majlis rumah terbuka Wanita UMNO di PWTC petang Khamis ] Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang tawar diri untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini berhasrat untuk jadikan UMNO lebih terbuka dan lebih dekat dengan rakyat jika terpilih pegang jawatan itu.
Antara lain beliau bercadang untuk mewujudkan satu majlis pimpinan khas yang disertai oleh golongan professional,intelek,NGO dan sebagainya untuk membuka peluang kepada orang luar yang sukar terlibat dalam parti jika menerusi proses pemilihan.
Katanya ahli majlis berkenaan jika akan jadi barisan depan pimpinan dan boleh diketengahkan untuk calon parti dan sebagainya.
Untuk jawatan Naib Presiden yang kini tiga orang akan ditambah lagi dua khusus untuk Wanita dan UMNO Sabah.
Mengenai pemilihan parti pula ia akan diwajibkan diadakan tiga tahun sekali dan tidak boleh samasekali ditangguhkan seperti sekarang.
Dalam pada itu tiada langsung peraturan untuk menyekat sesiapa pun bertanding semua jawatan yang ada.
Bercakap dalam sidang akhbar di PWTC petang Khamis Khairy kata ada banyak lagi cadangan dalam manifestonya untuk pemilihan jawatan Presiden UMNO.
Ia akan diumumkan dari masa ke semasa menjelang pemilihan 30 Jun ini.
Asalnya Khairy menawarkan diri untuk bertanding merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO namun ubah fikiran pada hari akhir pebcalonan 17 Jun.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan beliau membuat kemunculan saat-saat akhir untuk mencuba nasib dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dengan misi mahu membawa perubahan dan membawa UMNO menjadi pembangkang berwibawa.
Khairy, 42, kata beliau juga mahu perwakilan mempunyai lebih banyak pilihan selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi , 65, dan Tengku Razaleigh Hamzah, 81.
"Saya mahu perwakilan mempunyai pilihan yang mewakili setiap generasi yang mewakili pemandangan dunia yang berbeza, idea dan manifesto yang berbeza.
"Saya mahu kembalikan UMNO sebagai parti yang mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. UMNO mesti dilihat sebagai parti yang boleh jalankan tugas sebagai pembangkang berwibawa," katanya.
Mengenai situasi agak janggal dimana beliau tawar diri jawatan Presiden dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sedangkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian itu bertanding Timbalan Presiden UMNO Khairy menjelaskan beliau mendapat restu sebelum hantar borang.
“Sebelum buat keputusan tanding jawatan Presiden, saya dah berhubung dengan Tok Mat, abang (Tok Mat) bertandinglah jawatan Presiden, tapi beliau kekal Timbalan Presiden.
“Saya cakap boleh tak saya nak bertanding jawatan Presiden, beliau beri izin dan menasihatkan saya,” katanya.
Mohamad yang bertanding Timbalan Presiden UMNO akan berentap satu lawan satu dengan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.- 20/6/2018
Sumber Ini antara janji Khairy jika menang Presiden UMNO…
Tags:
AgendaDaily