Sehingga ke waktu ini, hanya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan dirinya akan bertanding jawatan Presiden UMNO, manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Haji Mohamad Hassan atau Tok Mat bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Ketiadaan calon lain yang mencabar bertanding untuk jawatan Presiden UMNO itu menimbulkan tanda tanya, apakah UMNO berkemampuan untuk berubah atau masih tetap sama seperti dulu?
Pada pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad pula, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
Menurut beliau, Khairy adalah antara pemimpin dalam UMNO yang paling layak untuk kembali memperkasakan parti itu selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa mentadbir kerajaan pusat dan hilang kebanyakan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.
"La (sekarang) ini dia (UMNO) nak bertanding (jawatan) ketua pun boleh bertanding... saya dapati calon ketua (Presiden) terbaik ialah Khairy," katanya memeitk laporan dari Harian Metro.
Pada pemilihan UMNO kali ini, Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Sumber 'KJ calon terbaik untuk jawatan Presiden UMNO' - Tun Dr Mahathir
Tags:
thereporter