Saya memang pemat permainan video genre Role Playing Game atau lebih dikenali sebagai RPG. Sejak saya kecil lagi, saya memang suka dengan genre ini. Masa saya beli PS1 dahulu semata-mata untuk bermain permainan dalam genre ini. Saya sanggup belapar masa sekolah dulu semata-mata nak beli 10 CD PS1 di kedai kawasan rumah saya. Macam-macam permainan video saya main yamg bergenre RPG ini seperti Final Fantasy Series, Swords Of Mana, Chrono Trigger, Wild Arms, Suikoden, Beyond The Beyond dan macam-macam lagi yang saya sendiri tak ingat.
Tapi saya paling minat permainan video Final Fantasy. Jalan cerita, permainan videoplay yang menarik, lagu tema yang gempak, apa lagi kita nak mintak? Semua ada di Final Fantasy. Namun bagi saya, permainan video Final Fantasy tak seunik seperti salah satu Permainan video yang saya main 17 tahun yang lalu dan sehingga kini, “intro” lagu dia paling terbaik saya pernah dengar dalam hidup saya. Iaitu Permainan video Chrono Cross.
Chrono Cross adalah RPG permainan video yang di keluarkan pada 1999 oleh Syarikat Square (yang juga membuat Final Fantasy) adalah pengganti (bukan sequel) dari Permainan video Chrono Trigger dari platform SNES atau Super Nintendo Entertainment System pada tahun 1995. Selalunya jika permainan ini bertajuk “Chrono” (untuk syarikat Square) ia mengisahkan kepada masa,
Permainan video ini sememangnya menceritakan tentang masa. Ia menceritakan seorang lelaki (protagonist yang diam. Ya, beliau tidak disediakan sebarang dialog) yang bernama Serge di mana beliau menemui dua dunia yang berbeza. Satu ketika beliau masih hidup dan beliau sudah mati semasa kecil sehingga tiada seorang pun mengenali beliau.
Serge yang ditemani oleh seorang wanita yang dari “crossover” antara dua dunia ini yang bernama Kid, membantu beliau untuk membetulkan dua dunia yang dikatakan terpisah ini. Misi beliau diganggu oleh seorang antagonist yang bernama Lynx yang cuba mengawal dua dunia ini. Maaf, ia tiada kisah cinta, jika mahu kisah cinta, Final Fantasy VIII (8) dan Final Fantasy X (10) ada tapi bagi saya Final Fantasy X lebih kepada “love story”.
Permainan videoplay Chrono Cross agak sama dengan Final Fantasy cuma bezanya ia tiada ATB gauge (iaitu sejenis meter dimana anda boleh kawal watak untuk serang) dan ia tidak menggunakan MP (Magic Points) sebaliknya menggunakan element atau unsur unsur warna seperti Hitam, Putih, Biru, Kuning, Hijau dan Merah dan setiap warna ini ada kelebihan dan kelemahannya mengikut warna. Contoh:
Hitam<-> Putih
Biru <-> Merah
Hijau <-> Kuning
Maksudnya, jika anda mengeluarkan magic atau element bewarna putih dan menyerang musuh yang mempunyai element hitam, lebih banyak “damage” dan begitu juga vice-versa. Mungkin jika anda main sendiri, anda akan faham lebih lagi. Seperti biasa, ia ada element lain yang boleh menyembuh dan menaikkan status-status watak. Seperti saya terangkan setiap watak dalam permainan video ini ada element sendiri seperti Serge mempunyai element bewarna putih dan musuhnya, Lynx mempunyai element bewarna hitam.
Dalam “Battle Scene”, hanya 3 watak sahaja anda boleh kawal untuk melawan dan tiada musuh. Jika anda main Final Fantasy, jika anda menang mengalahkan musuh, mereka akan buat aksi yang dikenali sebagai “victory dance”. Jika anda ingat dalam permainan video ini ada aksi sedemikian kerana ia dibuat dari syarikat yang sama, maaf anda telah melakukan kesilapan. Ia tiada. Selepas musuh dikalahkan, mereka hanya berdiri dalam “kekuda” menyerang dan lagu menang mula berbunyi (lagu memang dia pun best)
Apa yang agak uniknya permainan video ini, ia mempunyai 45 watak yang anda boleh “ambil” dan setiap satu watak ada jalan cerita dan loghat mereka sendiri (contohnya,Kid bertutur dalam loghat Australia) Namun watak utama dalam permainan video ini hanya 3 orang sahaja kalau nak dikatakan, iaitu Serge. Kid dan Lynx. Selebihnya hanya watal sampingan dan kisah mereka ini kebanyakkannya diceritakan ketika membuat “side quest” sahaja. Ya, ia ada 45 watak dan setiap watak ada senjata mereka sendiri dan kelebihan mereka.
Jadi bagi saya, pilih yang mana terbaik dan kuat (Saya lebih suka letak “girlfriend” Serge, Leena yang senjatanya menggunakan senduk. Ya, saya tak tipu, senduknya boleh sampai 200 damage dan Riddel, sebab beliau adalah “white mage”(ahli magis yang menyembuhkan watak) dan sebab beliau cute. Bagi saya ia amat unik kerana pekerja-pekerja yang membuat permainan video ini mempelajari pelbagai loghat bahasa Inggeris di seluruh dunia untuk membezakan setiap watak. Cara ini memang patut dipuji dan menampakkan permainan ini lebih menarik.
Saya amat tabik hormat kepada komposer permainan video ini, Yasunori Mitsuda seorang komposer “freelance” yang juga komposer Permainan video Chrono Trigger menjadikan musik dalam permainan video ini amat menarik sampaikan saya sendiri terkenang. Lagi-lagi lagu intro permainan video ini yang bertajuk Scars of time (Anda boleh dengar lagu ini di Youtube). Memang menusuk kalbu lagu dia dan amat “kena” dengan seluruh cerita dalam permainan video ini.
Ketika ditemu ramah, beliau menyatakan lagu-lagu dalam Chrono Cross ini lebih kepada “feeling” dan rima yang diinspirasikan dari lagi-lagu tradisi Asia Tenggara, Greece dan juga lagu tradisi Eropah dan menjadikannya sebagai salah satu lagu yang mengikut jalan cerita permainan video ini. Saya mengakui, lagu-lagu dalam permainan video ini memang terbaik malah menandingi lagu-lagu Final Fantasy yang dikompos oleh Nobuo Uematsu.
Sebaik sahaja permainan video ini keluar pada tahun 1999, permainan video ini mendapat jualan sebanyak 1.5 juta selepas 2 bulan ia keluar dan mengikut website permainan videospot, mereka memberi 10/10 dan 9.7/10 menurut IGN.com untuk permainan video ini dan memberi pujian terbaik kepada syarikat Square, produser dan komposer dan menggelarkannya sebagai permainan video terbaik akhir zaman 90-an. Dikatakan, mereka nak membuat sequel kepada permainan video ini selepas mendapat komersil yang memberangsangkan namun sehingga kini, masih belum dibuat dan dalam rancangan.
#SelimThe3rd
Rujukan
Chrono Cross”. Permainan videoRankings
Vestal, Andrew (2000-01-06). “Permainan videoSpot: Chrono Cross Review
Square Enix IR Roadshow Document
Winkler, Chris (2006-04-28). “Square Enix Adds 16 to Ultimate Hits Series”. RPGFan.
Funk, John (2010-12-15). “Chrono Cross Crossing to PSN in Japan