Yang Di Pertua Agong bertitah sedemikian ketika masuk ke dewan sebentar tadi.
Satu video yang dimuatnaik di laman Facebook Media Selangor menunjukkan Baginda masuk ke dewan dan bertitah sedemikian dan terus di sambut dengan gelak tawa dari para YB yang hadir.
Baginda kemudian dilihat tersenyum melihat aksi dari para YB di dewan berkenaan.
Ini videonya:
Semalam, menjadi kecoh apabila ramai YB ahli parlimen dari blok pembangkang dilihat telah keluar dewan.
Majoriti ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan kerana dasar protes terhadap prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat.
Namun, kelihatan hanya YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah saja yang berada di kerusi bahagian pembangkang.
KJ terus menjadi viral semalam dan ramai yang respect dengan gaya KJ yang bertindak matang dan tanpa menghiraukan tindakan ahli parlimen pembangkang yang lain.
Kata KJ, dia bertindak sedemikian kerana menghormati dewan dan majlis.