Sudah diciptakan sebaik-baik insan bagi menjadi seorang wanita, ada pula yang memilih jalan hitam untuk menjadi pengkid. Muka perempuan tapi hati ganas beb!
Tapi bagi seorang pengguna Twitter ini, dia bernasib baik apabila mengambil keputusan kembali ke pangkal jalan daripada menjadi seorang boyish ke seorang wanita yang boleh menawan hati ramai jejaka.
Menurut Atyn Junaidi, dia akui berasa menyesal apabila teringat kembali penampilan ketika zaman ‘jahiliah’ yang kini telah berubah menjadi seorang wanita sejati. Alhamdulillah!
Tambah pramugari syarikat penerbangan Malindo Air itu, dia turut menyifatkan keputusan untuk menjadi pengkid itu merupakan satu perkara yang membuang masa.
“Ok. Menyesal jugak la dulu pilih untuk jadi pengkid. Kahkahkah buang masa hanat,” tulis Atyn menerusi posting di laman Twitter miliknya.
Posting tersebut menarik perhatian orang ramai dan diulang kicau sebanyak 13,246 kali dengan mendapat 8,895 tanda suka.
Sebahagian perjalanan hidup…
Cantik la sis!
Wanita berusia 26 tahun itu juga telah selamat menamatkan zaman solo dan bernikah dengan suaminya, Rudy pada 10 Ogos lalu. Wahh tahniah Atyn!
Sumber : Atyn Junaidi
sumber artikel : https://ift.tt/2LCPyKF
Sumber Alhamdulillah, Dulu jadi pengkid, sekarang dah taubat dan berkahwin dengan jejaka pilihan
Tags:
mazeer