Encik Suami Jangan Pernah Lupa Mencium Anak Dan Isteri Ketika Keluar Kerja. Kesannya Sangat Menakjubkan! Jom Amalkan Mulai Saat Ini..



Sebelum keluar bekerja, suami biasakanlah cium anak dan isteri anda. Dengan cara begini ada kebahagiaan yang mereka dapat dari seorang ayah. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

Memberi ciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.

Pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.



Jadi apakah sama keadaannya dengan tangan suami yang dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai dan disayanginya.



Ketika seorang isteri memberi ciuman di tangan suami, seorang isteri sedang memohon pada Allah agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-NYA. Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya dan tak mengambil yang bukan haknya.



Terkadang Kita Sering Meremehkan Hal Kecil Yang Satu Itu. Ciuman Sering Kita Lupakan Dalam Aktiviti Seharian Kita. Kita Rasa Berat Memberikan Kucupan Dikening, Dan Ciuman Kepada Buah Hati Kita. Pada Hal Ciuman Adalah Salah Satu Cara Untuk Menyampaikan Rasa Sayang Kepada Mereka. Dengan Cara Ini Akan Ada Kedamaian Dihati Mereka. Kucupan Lembut Dan Mesra Dari Suami Kepada Isteri Atau Dari Seorang Ayah Kepada Anak-Anaknya Sangat Diperlukan.



Ketika suami keluar rumah di waktu pagi, anak dan isteri masih tertidur. Tentu ada cara lembut untuk membangunkan mereka. Ciumilah satu persatu mereka dengan berkata penuh kelembutan, “Ayah pergi kerja dulu, ya sayang”.

Sumber: petuaibu

Sumber Encik Suami Jangan Pernah Lupa Mencium Anak Dan Isteri Ketika Keluar Kerja. Kesannya Sangat Menakjubkan! Jom Amalkan Mulai Saat Ini..

Post a Comment

Previous Post Next Post