Ramai orang yang tersalah faham diantara cash handout atau universal basic income. Ada yang mengatakan ia adalah seperti memanjakan rakyat atau ia adalah datang dari wang curinya. Cumanya, kalau diperhatikan cash handout atau universal basic income ni bukannya hanya memberi peluang untuk golongan susah membeli barang yang mereka perlukan..
Malah ia juga telah secara tidak langsung turut meningkatkan kuasa membeli, meningkatkan kualiti hidup, meningkatkan cashflow, membantu usahawan IKS, menggalakkan perbelanjaan dan sebagainya.
Kalau perasan, pemberian BR1M dan bonus berkala ini bukan hanya menyebabkan penerimanya… tapi peniaga IKS juga ternanti-nanti hari ia diagihkan. Hal ini kerana pasaran akan tiba-tiba mengalami surge of buying power, langsung memastikan ekonomi tidak stagnant dan sentiasa bergerak, serta menaikkan kualiti hidup.
Den rasa semua harus tahu bahawa polisi cash handout seperti BRIM ni adalah satu polisi yang makin mendapat tempat diseluruh dunia. Bilamana negara-negara maju di seluruh dunia sekarang semuanya bercakap tentang program pemberian tunai (cash transfer) macam Universal Basic Income, Minimum Guaranteed Income dan Negative Income Tax.
Sampaikan ada laporan dan saranan di negara maju seperti US sendiri telah mencadangkan untuk memberikan universal basic income USD1000 kepada seluruh rakyat US setiap bulan di mana ia akan mengembangkan ekonomi US sebanyak USD2.5 Trillion ketika 2025!
Lebih menarik, tokoh-tokoh Silicon Valley macam Zuckerberg, Elon Musks pun menyokong idea ni. Dan kalau ada yang mendakwa bahawa, negara yang bagi cash handout/cash transfer ni akan menyebabkan negara itu muflis, ni den nak tanya sikit..
Bukankah pada tahun 2009, Australia ada buat cash handout secara besar-besaran sebab nak bangkit dari kelembapan ekonomi? diberikannya rakyatnya one off $900 untuk berbelanja demi mengelakkan Australia dari jatuh ke dalam kancah recession?
Jepun negara menjadi idola pemimpin dan rakyat Malaysia Baru pun pernah buat cash handout pada tahun yang sama iaitu 2009 untuk kickstart consumer spending sebab terperangkap dengan kancah recession yang sama.
Malah negara maju seperti Singapura juga nampaknya mula berjinak-jinak dengan cash handout seperti yang dilakukannya pada Februari tahun ini..diberinya setiap rakyatnya cash handout berjumlah S$100 to S$30 sebagai satu langkah untuk menampung kenaikan GST dan cukai-cukai baru yang akan dilaksanakan.
Dan terbaru, Hong Kong sebuah negara yang maju dari sudut ekonominya yang jauh meninggalkan kita, akan memulakan cash handout-nyaa sendiri, di mana mereka akan memberikan rakyatnya HK$4,000 setiap seorang kepada yang layak.
Ramai pemerhati berpendapat skim yang akan menelan belanja sebanyak HK11 Billion ini, mempunyai banyak persamaan dengan BRIM yang dilaksanakan di Malaysia. Jadi takkanlah Hong Kong tak tahu bahawa kalau mereka buat langkah cash handout ni mereka akan muflis nanti? ðŸ¤
Cumanya den hairanlah jugak, ramai antara kita dok kata takut muflis sebab bagi cash handout aka subsidi bersasar ni setahun 2 kali kepada golongan yang sepatutnya. Tetapi dalam masa sama kita dok bagi subsidi pukal seperti minyak yang mana jumlahnya berbillion setahun kepada golongan yang kaya, yang bawak kereta besar, syarikat, corporation dan sebagainya. Bukankah itu adalah counter productive dan merupakan sesuatu yang ironi?
Sekian,
Bukan Penerima BRIM.
Rujukan:
A $1,000 per month cash handout would grow the economy by $2.5 trillion, new study says. https://www.cnbc.com/2017/08/31/1000-per-month-cash-handout-would-grow-the-economy-by-2-point-5-trillion.html
Ex-Labor Secretary: Some kind of cash handout ‘seems inevitable’. https://www.cnbc.com/2018/07/12/robert-reich-us-will-need-some-kind-of-universal-basic-income.html
Australians get $900 cheques from government to boost spending. https://www.telegraph.co.uk/finance/recession/5341306/Australians-get-900-cheques-from-government-to-boost-spending.html
Japan starts controversial £87 cash handouts. https://www.telegraph.co.uk/finance/financialcrisis/4949251/Japan-starts-controversial-87-cash-handouts.html
Hong Kong cash handout scheme will cost government HK$330 million to administer.
https://ift.tt/2o7PxFk