Dato’ Aliff Syukri sudah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan adanya usaha dan matlamat, seseorang itu pasti akan berjaya. Namun, tidak semua perkara yang dilakukan oleh Dato’ Alif boleh diterima semua pihak. Terbaru, Dato’ Alif telah memuat naik video tariannya bersama dua orang lagi usahawan di akaun Instagram. Tetapi video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan salah seorangnya adalah Wardina Safiyyah.
‘Saya kalau boleh memang taknak komen, tapi..’
Bagi Wardina Safiyyah, video yang dimuat naik oleh usahawan popular itu amat keterlaluan dan tidak boleh diterima. Wardina juga berharap agar Dato’ Aliff segera memadam video itu.
Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato'... saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah. This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya
Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment???? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women!!! I mean I have seen dumb things before.. but I think he just crossed the line there... Dato x perlu buat begini Dato... Jangan nyanyi pulak nanti ye... I could still accept Dato Vida... but this is another level...
Komen dari netizen
Sumber: Facebook Wardina Safiyyah/ Instagram Dato’ Aliff Syukri via ohbulan
Sumber ‘Ini Sungguh Melampau. Terlalu bodoh, Terlalu Over Dan Amat Meloyakan’- Wardina Safiyyah
Tags:
mazeer