Zarina Anjoulie merupakan antara selebriti yang lantang menyuarakan pendapatnya di laman sosial. Pelbagai isu disuarakannya di Instagram miliknya untuk meluahkan apa yang terpendam.
Terbaru, pelakon Anak Pontianak ini menyelar tindakan pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah yang didakwa hanya tahu mengecam pengasas produk sepertinya.
Kecam semua boleh tapi apa sumbangan kepada masyarakat?
Zarina mempersoal apa yang telah dilakukan Dr Rafidah selain bertanyakan sumbangan kepada masyarakat selain menjadi doktor dan mengenakan harga melampau. Zarina juga menanyakan sama ada pakar itu membuat ceramah percuma untuk pengasas produk sepertinya untuk memajukan diri.
Dr Rafidah yang aktif memberi kesedaran mengenai bahaya produk suplemen kepada kesihatan terutamanya melibatkan produk tempatan. Ini kerana produk sedemikian diragui tahap keselamatannya untuk tubuh badan.
Doktor lupa diri sebab belajar overseas
Malahan, Zarina juga mendakwa Dr Rafidah hanya tahu mengecam namun tiada tindakan dibuat untuk menolong golongan sepertinya. Dia juga mengatakan pakar itu sudah lupa diri dan merendah-rendahkan golongan bawahan kerana belajar di luar negara.
Pergi hospital kerajaan baru RM1
Nak bagi talk majukan pekerjaan bukan kerjaya doktor
Sumber: Zarina Anjoulie, Twitter
sumber artikel : https://ift.tt/2PHmftJ
Sumber ‘Kau Cuma Reti Kondem Tapi Tak Nak Tolong Pun’ – Zarina Anjolie ‘Sound’ Setepek Kat Doktor
Tags:
mazeer