Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.
Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
CARA-CARA:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Selamat mencuba. Klik share jika bermanfaat.
Kredit resipi & gambar: Azliza Talib
sumber artikel : https://ift.tt/2C1DAdU
Sumber Lutut Anda Sering Sakit? Resepi Mudah Disediakan Ini Adalah Jawapan Paling Terbaik Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat Ni
Tags:
mazeer