Pernah dengar tak orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, katanya ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus.
Selain itu ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tu. Cuma persoalan yang ramai nak tahu, apa signifikan antara hantu dan makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?
Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.
Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.
“Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah,” namun kita harus ingat setiap ciptaaNya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.
Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!
Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.
Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu.
Walaubagaimana pun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyihir atau menyantau orang lain!
Jom lihat video benarkah bela ikan puyu hindari pukau/sihir ? – ustaz sharhan
Sumber:Islamik Info
Sumber Penjelasan Lengkap Dari Ustaz Sharhan Akhirnya Memberikan Jawapan Kepada Saya Kenapa Orang Tua Zaman Dulu Membela Ikan Puyu Disetiap Rumah...Sungguh Tidak Sangka!
Tags:
mazeer