Rakyat malaysia baru jangan sesekali diskriminasi golongan transgender, kami juga manusia seperti anda - Nisha Ayub



 Golongan transgender meminta untuk tidak di diskrminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata perkara berkenaan diluahkan Nisha Ayub, yang mewakili golongan transgender, pada pertemuan berlangsung di pejabat menteri berkenaan di sini hari ini.

Mujahid berkata pertemuan dijalankan susulan isu penurunan gambar Nisha yang dipamerkan pada Festival Georgetown di Pulau Pinang itu juga membuka ruang bagi pihaknya mendekati golongan berkenaan.



"Menurut Nisha, beliau tidak mengetahui gambarnya dipamerkan di Festival tersebut (sehinggalah perkara itu tular) dan beliau menegaskan beliau bukanlah daripada kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) atau aktivis malah tidak suka dilabelkan sebagai LGBT," katanya kepada media di sini hari ini.

Mujahid berkata pada pertemuan tersebut, Nisha menceritakan mengenai diskriminasi yang dihadapi golongan itu terutamanya ketika di kawasan awam dan tempat kerja.

"Golongan transgender tidak menuntut untuk perkahwinan sesama jenis, yang minta adalah LGBT...oleh itu kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik mereka tidak mendapat layanan sewajar yang akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja se ks," katanya.



Menteri hal ehwal agama itu berkata menurut kajian, 80 peratus golongan transgender terjebak dalam aktiviti pelac uran.

“Berikan mereka peluang kerana mereka juga warganegara, dan mereka mahu menyumbang dan menjadi sama seperti orang lain untuk pergi ke sekolah, mendapat akses sama rata terhadap kesihatan, bahkan untuk beribadah dan pergi ke mana-mana tempat awam,” katanya. -Bernama

Sumber Rakyat malaysia baru jangan sesekali diskriminasi golongan transgender, kami juga manusia seperti anda - Nisha Ayub

1 Comments

  1. pooda la nisha. ko tu bapuk tua. sebenarnya, i tau dari dulu ko tu tak laku. bukan je badan ko tu macam beruang, perangai ko pun tak elok. sekarang ko nak menunggang agama pulak. bertaubatlah nisha. kau nak bawa masyarakat dalam perangai hodoh kau tu ke?
    Aku ni pondan gak, aku bekerja bukan mencari duit dengan cara haram. Sekarang ko bawa isu yang tak pernah ujud. Siapa yang diskriminasi? Melainkan Nyah2 yang macam ko jugak. Pondans macam kita ni dilarang ke sekolah ke? tak boleh pegi Mall ke? Tak boleh ambik lesen memandu ke? tak boleh berniaga ke?
    Nilah pondan (nisha) yang menyebabkan Intitusi Bapuk menjadi lebih hina.
    Aku harap ko tahu aku siapa. Cukup-cukuplah kita buat mungkar. Moga ko dapat la tekel si Jahid tu. Aku dengar dia pun ... Ok nisha, fyi, tak da sorg rakyat mesia yg diskriminasi geng2 kita melainkan bapuks yang seangkatan kau sahaja.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post