'Wahai Persatuan Suami Sedunia Tolong Jangan ajar bini mengandung manja sangat, semua nak layan ikut hati dia' - Suami Bajet Macho



Isteri, dikahwini bukan untuk dijadikan sebagai kuli. Tetapi peneman sehidup semati dan oleh itu, jangan disakiti hatinya dan bahagiakanlah dia semampu yang boleh.

Namun ada sesetengah suami suka membiarkan isteri menguruskan rumah tangga sendiri. Sehingga suatu masa, isteri terasa beban tak tertanggung. Apabila cuba diluahkan, si suami pula berkata dia lebih penat dari isteri. Bukan banding beza yang diminta, tetapi berharap suami faham dan membantu.

Meskipun bukan kebanyakan suami begitu, tetapi ada baiknya golongan suami beringat. Jika isteri sudah mula berdikari, bak kata Akhtar Syamir, berkemungkinan besar isteri sudah menyampah dengan suami sendiri yang tidak boleh diharap. Oleh itu, berhati-hati.



MASIH ramaikah suami seperti ini? Adakah melayan isteri, menemani isteri, membantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung itu sebagai satu benda yang negatif?

Kita buat semua itu atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada atau saja nak bermanja atau tidak berdikari.

Saya tidak bersetuju dengan cara ini. Biarlah apa orang nak kata. Saya akan melayani isteri saya sebaik mungkin. Menemani dia ke mana saja yang mampu. Buat apa saja untuk dia selagi berdaya. Kerana apa yang dia sudah buat untuk saya dan keluarga tiada bandingannya.

Bukan isteri itu mengada, tetapi kefahaman kita tentang apa yang mereka alami. Jika boleh, kurangkan beban mereka apa salahnya kan? Bukan orang lain, isteri kita juga.

Tidak dinafikan, ada isteri yang memang suka dan mampu pergi sendiri. Tetapi itu tidak bermakna orang lain pun sama. jadi, tidak boleh terus melabelkan isteri itu mengada-ngada atau tidak berdikari.

Ada juga yang kalau meneman itu serupa tak teman, asyik dengan handphone dan tidak membantu menjaga anak. Akhirnya, isteri yang rasa baik tak payah teman.

Bila begini, janganlah suami rasa seronok sebab isteri suka berdikari. Sebenarnya isteri sudah menyampah. Hahaha!

Apa pendapat korang?

Sumber: Akhtar Syamir

sumber artikel : https://ift.tt/2wfeMcb

Sumber 'Wahai Persatuan Suami Sedunia Tolong Jangan ajar bini mengandung manja sangat, semua nak layan ikut hati dia' - Suami Bajet Macho

Post a Comment

Previous Post Next Post