Apabila setiap pasangan sudah saling menyayangi antara satu sama lain, keadaan fizikal dan ketidaksempurnaan ditolak tepi dan bukan menjadi perkara utama.
Betapa untungnya mendapat pasangan saling menerima kelebihan dan kelemahan. Baik fizikal tinggi atau rendah bagi lelaki dan wanita itu, masing-masing memiliki keunikan tersendiri.
Terbaru, seorang gadis Adilah Nazreenn menjadi tumpuan orang ramai di laman Instagram setelah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Zakwan Azman pada 31 Ogos lalu.
Memuat naik beberapa keping gambar pertunangan, apa yang menarik perhatian adalah gadis berusia 24 tahun itu mempunyai ketinggian kurang tinggi berbanding dengan bakal suaminya.
“Terima kasih @zakwan.azman sudi bawa rombongan meminang ke rumah saya 🙈 yang ni dah pakai kasut 2 inci, lepas ni kena belajar slow slow pakai 8 inci kot 👠#188cm144cm,” tulis Adilah.
“188cm & 144cm | Ketinggian tidak menjadi penghalang. Syukur alhamdulillah. Selesai satu langkah,” tulis Zakwan pula.
Antara gambar yang dikongsikan…
Ternyata ketinggian bukan penghalang dalam sesuatu hubungan. Semoga pasangan kacak & comel ini cepat-cepat naik pelamin!
Sumber : Adilah Nazreenn , Zakwan Azman
Sumber artikel : https://ift.tt/2oF5qTU
Sumber (10 Gambar) Kalau Dah Jodoh, Ketinggian bukan penghalang, pasangan kacak dan comel ini jadi tumpuan
Tags:
mazeer