Anak Muda Ini Berikan Beberapa Sebab Yang Agak Masuk Akal Kenapa Cerita Munafik 2 Ini Sebenarnya Tak Berbaloi Untuk Ditonton...



Jika filem hantu kak limah berjaya memecahkan rekod dalam sejarah kutipan tertinggi dalam senarai filem tempatan, rasanya filem seram munafik 2 juga mungkin boleh melepasi angka 32 juta itu sebabnya baru 3 hari ditayangkan jumlah kutipan sudah mencecah lebih rm20 juta.. wow!!

Tetapi ada seorang pemuda yang menggunakan nama Ahmad Sid telah berkongsi reviewnya setelah melihat filem tersebut di pawagam.Berikut adalah perkongsian beliau..

Cerita munafik 2 ni, ajaran Abuja tu (Bodoh gila nama Abuja. Dekat nama ni pun dah boleh nampak bodoh tak bodoh cerita ni) mungkin nak petik ajaran Millah Abraham, dia ajarkan ajaran guna semua kitab agama-agama Abrahamic; yahudi, kristian, islam. Sebab tu dress up dia pun macam pharisees agama yahudi. Lepas tu dekat banner ajaran dia ada bintang Daud yang digabungkan dengan simbol apa benda entah lagi. Sebab tu jin belaan dia pun jin yahudi (tergelak besar aku part ni. Bodoh nak mampus)



Itu sebab agaknya dia ejek Adam tu baru belajar 2 buku (dia maksudkan kitab quran ngan hadis la agaknya). Yelah dah dia baca banyak kitab-kitab lain.

Tapi sepanjang tengok cerita tu, memang jadi makin tak logik untuk orang ikut ajaran Abuja ni pasal terlalu banyak rojak. Kejap anti bidaah macam wahabi, kejap member adam kata dia anti hadis, tapi tak lama lepas tu dia guna hadis palsu pulak pasal kelebihan serban, walaupun dia sendiri tak pakai serban, kejap cakap agama tak boleh pakai akal macam PU Amin.

Dengan ajaran bercelaru macam tu pun orang kampung boleh akui keilmuan dia. Taulah itu cerita, tapi benda-benda macam ni lah yang buat cerita tu jadi tak best, rasa cringe bila tengok.



Lepas tu jahat Abuja tu jahat yang orang paling bengap dalam dunia pun boleh nampak jahat dia. Mungkinlah cerita tu nak bagi penonton rasa meluat gila-gila kat penjahat, tapi masalahnya bila dah over sangat nampak bodoh nak mampusla cerita tu. Memang takde plausibility langsung. Apa masalahnya buat orang jahat ada karisma sikit. Barulah sajak dengan watak ketua kultus.

So watak Abuja ni boleh dikatakan pusat plot cerita, dan watak dia terlalu merapu. Sebab tu plot cerita pun jadi macam bodoh. Antara benda merapu Abuja ni buat ialah masa dia bagi kebenaran Sakinah selamatkan Adam, lepas tu bila Sakinah lalu depan dia, dia tikam belakang. Bodoh gila scene tu. Daripada bagi kebenaran lepas tu tikam belakang, elok dia tikam terus masa Sakinah tu bising-bising mintak lepaskan Adam. Takdelah nampak bodoh sangat scene tu. Kejam pun kejam. Ini dah macam scene kartun pun ada.

Kemudian part lawan hantu, boring gila. Exciting lagi kalau tengok cerita ultraman lawan raksaksa. Scene lawan hantu semua macam cerita exorcist, dengan orang kena rasuk melengkung badan ke belakang.

Jumpscare boleh agak dah semua. Dah tengok mayat Imam Malik takde kat atas lantai, tengok kat bumbung rumah pun takde, sah-sahla ada kat belakang kan? Pikirla sikit.



Pendek kata, ini cerita tak berbaloi tengok kat wayang. Tak rugi pun tak tengok. Tak seram mana pun. Untuk korang yang jenis tengok mekap hantu muka buruk-buruk pun dah menggigil, seram la agaknya. Banyak part hantu yang boring ada la macam part si Sakinah tu kena rasuk jadi Hulk + Spiderman. Itu satu lagi part aku tergelak mengekek. Bongok betul.

Apa pula kata anda setelah menonton filem ini? setuju atau tidak? apapun setiap orang ada hak dan pandangan masing-masing. Semoga filem tempatan  makin mendapat tempat dihati peminat filem dan diharapkan dengan kejayaan ini,maka makin ramai penerbit filem akan menghasilkan filem berkualiti dan bukannya filem syok sendiri. Bila tidak laku mula salahkan netizen kononnya tidak sokong filem tempatan...




Sumber Anak Muda Ini Berikan Beberapa Sebab Yang Agak Masuk Akal Kenapa Cerita Munafik 2 Ini Sebenarnya Tak Berbaloi Untuk Ditonton...

Post a Comment

Previous Post Next Post