Teknik tepukan fisioterapi percussion boleh membantu melonggarkan kahak bayi. Mama papa wajib mengetahui caranya. Ikuti langkah demi langkah untuk bayi berumur 12 bulan ke bawah.
Menurut Dr Fadzlina Abdul Aziz, Doktor Pakar Pediatrik, Rampai Puteri Medical Centre terdapat beberapa teknik untuk “chest physiotherapy”. Antara yang paling mudah untuk dilakukan oleh ibubapa di rumah ialah teknik “percussion atau tepukan dan postural drainage”.
Jika si kecil selesema dan batuk berkahak, tidak tidur lena mama dan papa dibuatnya. Setelah memberikan ubat-ubatan, rasa kasihan pula kepada bayi yang kerap batuk berkahak.
Anda boleh cuba teknik tepukan untuk meredakan batuk anak anda. Teknik ini biasanya disarankan untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik seperti cystic fibrosis dan bronchiectasis. Namun, ia juga boleh membantu bayi yang mempunyai kahak disebabkan pneumonia dan chest physiotherapy.
DUA KALI SEHARI
Tepukan ini sebaik-baiknya dibuat sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi (selepas bangun tidur) dan sebelum tidur pada sebelah malam bertujuan untuk melonggarkan kahak.
Bagi bayi baru lahir hingga 12 bulan, tepukan dilakukan menggunakan dua jari manakala bagi kanak-kanak setahun ke atas atau bersaiz lebih besar, menggunakan tapak tangan yang dibengkokkan membentuk cawan “cupping”. Tepukan ini bertujuan untuk melonggarkan dan mengalirkan kahak.
BAYI MASIH BELUM TAHU MENGELUARKAN KAHAK SENDIRI
Bayi yang mengalami batuk berkahak menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus. Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan ia akan menjadi punca penyakit seperti bronchiolitis iaitu jangkitan atau radang paru-paru. Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka masih belum berkeupayaan membuang kahak sendiri. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, sesak nafas dan selesema.
Kombinasi tiga kaedah ini iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang biasa diguna pakai di hospital untuk merawat menghadapi masalah ini. Apabila ibu bapa mengetahui teknik ini, ia dapat membantu dapat mengurangkan kahak bayi.
5 TIP BUAT TEKNIK TEPUKAN DI RUMAH
Pastikan bayi ‘puasa’ minum susu satu setengah jam hingga dua jam sebelum tepukan bagi mengelak bayi muntah dan tersedak susu.
Pastikan bayi tidak memakai baju berbutang.
Tepukan perlu dilakukan dengan menggunakan dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah.
Pastikan bayi dilapik dengan kain.
Pastikan bayi berada dalam posisi postural drainage untuk mengalirkan kahak mengikut graviti.
Berhati-hati semasa membuat tepukan. Elakkan bahagian organ dalaman penting seperti hati, limpa, buah pinggang iaitu pada bahagian bawah tulang rusuk belakang dan depan.
TEKNIK TEPUKAN MELONGGARKAN KAHAK
Untuk melakukan teknik tepukan terdapat beberapa posisi yang perlu dilakukan. Gunakan kekuatan daripada pergelangan tangan dan tepukan perlahan di belakang anak anda dan beberapa bahagian badannya (rujuk langkah demi langkah teknik tepukan).
Untuk bayi, gunakan tepukan yang menggunakan dua jari kerana paru-parunya masih kecil. Alaskan dengan kain supaya bayi tidak rasa sakit semasa proses ini dilakukan.
LANGKAH DEMI LANGKAH TEPUKAN PERCUSSION
Tepukan yang menggunakan dua jari ialah bagi bayi. Manakala tepukan cupping menggunakan tangan untuk yang bayi bersaiz besar atau berusia setahun ke atas.
Tepukan perlu perlahan tetapi dalam frekuensi yang laju selama dua minit bagi setiap langkah-langkah ini. Jangan lupa alaskan badan bayi dengan kain yang dilipat tebal.
1.Pastikan bayi dalam kedudukan bersandar pada ibu seperti dalam gambar. Lakukan tepukan pada bahagian bawah bahu bayi.
2. Ulangi pada sebelah kiri.
3. Pangku bagi ke bahu dan tepuk pada bahagian belakang iaitu di bahagian atas tulang rusuk bawah.
4. Ulangi tepukan pada sebelah kiri rusuk bawah belakang bayi.
5. Letakkan bayi dalam posisi berbaring ke bawah pada paha ibu. Tepuk pada bahagian tulang rusuk.
6. Ulangi tepukan pada sebelah kiri.
7. Kemudian telangkupkan bayi ke bawah. Pastikan bayi dipegang seperti di dalam gambar kecil bagi mengelakkan tercekik atau sesak nafas. Tepuk selama dua minit pada bahagian rusuk atas belakang bayi.
8. Ulangi tepukan pada sebelah kiri.
Sumber: https://ift.tt/2Nd2ahj
Sumber Doktor Pakar Kongsikan Langkah Demi Langkah Yang Betul Jika Ingin Buat Tepukan Longgarkan Kahak Bayi Bawah 12 Bulan, Ibubapa Mesti Ambil Tahu. Boleh Bantu Alirkan Kahak Anak Yang Batuk
Tags:
mazeer