“Hari ini hatiku hancur lebur dek kerana sikap anak aku sendiri …” – Anak kantoi menyamun di dobi layan diri, ibu luah perasaan kecewa di Facebook



Hati ibu mana yang tidak berasa kecewa apabila anak yang dikandungkannya itu bergelar seorang penjenayah kemudian hari. Lebih-lebih lagi apabila ibu tersebut telah mencurahkan segala kasih sayang dan memberikan didikan terbaik kepada anaknya itu.

Itulah apa yang dialami oleh seorang wanita ini setelah anaknya itu menjadi suspek di dalam satu kes samun di sebuah dobi layan diri 24 jam di Sungai Petani, Kedah semalam.




Menurut laporan Utusan, dalam tempoh 15 minit sahaja, dua lelaki bersenjatakan parang berjaya melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggar berjumlah RM14,500 di dua lokasi berbeza.

Kecewa dengan perbuatan jenayah anaknya itu, wanita tersebut telah meluahkan perasaannya selain meminta maaf pada orang ramai di Facebook. Baca luahan hati beliau:

Di manakah salah dan silap aku sebagai seorang ibu? Telah aku curahkan segalanya buat anak-anak tersayang. Namun apakah daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu tidak diambil peduli.

Mengapakah jalan mudah yang diambil? Andainya ada salah silapku dalam mendidik mereka sebelum ini, kau berikanlah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati mereka kearah kebaikan.

Sesungguhnya hanya padamu aku meminta pertolongan dan berserah. Kau makbulkanlah permintaan ibu yang daif ini Ya Allah.

Berikanlah ketenangan dan hidayah buat anak-anak aku agar mereka menjadi anak-anak yang berguna pada masyarakat serta mentaati segala perintahmu Ya Allah.




Rasanya diri ini tidak kuat lagi untuk menghadapi ujian yang kau timpakan pada diriku ini. Walaupun aku cuba untuk tabah, namun air mata tetap mengalir membasahi pipi.

Apakan daya sudah suratan takdir begini Sampai bilakah ujianmu buat diriku akan berakhir Ya Allah? Setiap dalam solatku selalu aku panjatkan doa agar diberikan ketenangan dan kesabaran namun hari ini hatiku hancur lebur oleh sikap anak yang tidak berfikir panjang dalam sesuatu yang dilakukan.

Ya Allah. Aku sudah TIDAK KUAT lagi Ya Allah. Maaf pada semua andai coretan ini menganggu tetapi inilah hakikatnya hatiku sekarang. Memang sudah tidak kuat lagi menerima dugaan.

Luahan hati wanita itu telah mendapat perhatian netizen, khususnya di kalangan rakan-rakannya sendiri. Ramai yang meminta wanita tersebut supaya bertabah dengan apa yang berlaku selain meminta menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa sahaja.



Terdapat juga segelintir yang mengecam wanita tersebut dan menyalahkannya kerana tidak pandai mendidik anaknya sendiri namun dipertahankan oleh netizen-netizen lain yang lebih memahami.



Sumber artikel : https://ift.tt/2QvVDwe

Sumber “Hari ini hatiku hancur lebur dek kerana sikap anak aku sendiri …” – Anak kantoi menyamun di dobi layan diri, ibu luah perasaan kecewa di Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post