Otak Anak Kecil Sebenarnya Boleh Serap Banyak Bahasa Yang Diajar. Ini Tips Ajar Anak Fasih Bahasa Inggeris Sejak Kecil



Jika anda bercita-cita untuk mengajar anak fasih berbahasa Inggeris sejak kecil, cuba faham dan ikut panduan oleh Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa berkenaan cara betul mengajar anak menguasai dwibahasa.

Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.

Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.

Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:

Contoh, hari Isnin cakap BM, Selasa cakap BI, Rabu cakap Mandarin.

Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.



Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.

Bahasa Yang Lebih Dikuasai Dan Digunakan Oleh Anak, Dipanggil Bahasa Dominan. Semakin Kerap Digunakan Dalam Aktiviti Seharian, Semakin Dominanlah Bahasa Itu Di Dalam Otak Anak.

Tapi jika anda mengajar anak untuk gunakan kesemua bahasa setiap hari, maka anak anda juga akan dapat gunakan kesemua bahasa tersebut dengan lancar dan baik.

Bahasa rojak / code-switch adalah normal bagi pengguna pelbagai bahasa. Ia TIDAK dianggap kecelaruan atau masalah pertuturan bahasa. Cukup sekadar ibubapa menggalakkan anak guna ayat penuh dalam 1 bahasa.

Perkembangan pertuturan anak yang diperkenalkan dengan pelbagai bahasa adalah SAMA saja seperti anak yang diperkenalkan 1 bahasa.

Jika anak 1 bahasa bercakap 1 patah pada umur 1 tahun, begitu juga anak dwibahasa.

Jika anak 1 bahasa bercakap 2 patah dalam 1 ayat pada umur 2 tahun, begitu juga dengan anak dwibahasa.

Tetapi jika didapati anak mengalami lambat bertutur, utamakan bahasa dominan dalam keluarga. Bahasa yang ibubapa fasih gunakan bersama anak setiap hari.

Elakkan memberi kejutan perubahan seperti tiba-tiba menghantar anak ke tadika bahasa bukan dominan keluarga. Ini boleh menambah stress kepada anak yang lewat bertutur. Langkah ini meningkatkan risiko untuk anak jadi bertambah keliru pula.

Kes yang saya pernah jumpa :

1) Ibubapa memilih bahasa BUKAN DOMINAN keluarga sebagai bahasa PERTAMA anak mereka. Contoh, ibubapa bertutur BM di rumah, tapi sedaya upaya mengajar anak bercakap BI sejak kecil.

Kesannya, apabila anak itu sudah masuk peringkat ayat panjang, ibubapa sudah tidak tahu untuk berinteraksi dengan anak sendiri. Bahasa anak pula terhad kepada tahap yang diperkenalkan oleh ibubapa saja.

2) Ibubapa menghantar anak yang LAMBAT bertutur ke tadika yang tidak menggunakan bahasa dominan keluarga.

Kesannya, anak menjadi pendiam di tadika, kurang keyakinan diri dan tidak bercakap dengan cikgu.



Buat ibubapa yang mengajar anak pelbagai bahasa, teruskan usaha anda. Kembangkan potensi otak kiri anak anda.

Gunakan buku cerita setiap hari. Gunakan bahasa-bahasa tersebut dalam rutin harian di rumah. Ibubapa guna, anak akan ikut guna.

Bilakah ibubapa perlu risau?

Jika anak telah masuk 2 tahun, tapi masih tidak bercakap.

Tahukah anda?

Anak umur 2 tahun sepatutnya boleh cakap 25-50 perkataan spontan setiap hari.

Sumber: Ruby Speech Theraphy

Sumber artikel : https://ift.tt/2Mq5Ren

Sumber Otak Anak Kecil Sebenarnya Boleh Serap Banyak Bahasa Yang Diajar. Ini Tips Ajar Anak Fasih Bahasa Inggeris Sejak Kecil

Post a Comment

Previous Post Next Post