Wow!! Tidak Pelik La Viral, Ibu Muda Ini Perturunkan Ilmu Rahsia Bagaimana Ingin Masak Sos Blackpepper Viral, Kalah Makan Kat Kedai Beb.. Padu Sangat Ni!



Pasti ramai kat sini peminat western food terutamanya lamb chop,chicken chop kan? ha.. kali ini admin kongsikan satu resepi sos black pepper viral hasil air tangan Afy AL Habibi‎ melalui perkongsiannya ke group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sos Blackpepper Viral

Inilah resepi yang mendapat lebih seribu share di laman fb sendiri. Ramai yang komen nak petang tadi. Jadi saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Sekali dengan cara perapan daging ikut selera sendiri.

Resepi lain yang lengkap boleh jengah di fb saya.

Semoga bermanfaat.


Sos Blackpepper Viral.



Hidangkan bersama: 

- Kentang goreng. Letak sos cili dan mayonis untuk sos pelengkapnya.

- Jagung rebus. Potong 3. 
Untuk dapatkan jagung manis sesedap rasa, tambahkan sedikit garam dan beberapa sudu gula. 
Rebus sehingga empuk.

- Coleslaw
Campuran timun Jepun, carrot dan bawang Holland. Semuanya dipotong dadu. Tambahkan isi jagung rebus. 

Gaul bersama mayonis dan setengah cubit garam.

Boleh tambahkan kubis ungu/ kubis hijau.



Bahan perapan daging ( 3 keping )

- 3 sudu besar sos lada hitam
- 3 sudu besar serbuk cheese
- 1 sudu besar sos spageti cendawan
- 3/4 lada hitam kisar
- 1/2 sudu kecil parsley flakes

* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.

1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar. 

2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.

3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik. 
* Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.


Daging setelah siap diperap.


Bakar daging atas pan lebih kurang 10-15 minit.

Balik-balikkan.

Daging yang dimasak jangan terlalu lama, nanti hilang kelembapan dan tidak sedap.


Sebelum daging diangkat, saya suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau.

* terpulang nak buat ke tak ye.


Resepi Sos BlackPepper Viral

Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api sederhana kecil sahaja.

Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik hingga naik bau.


Masukkan 1 tin sos spageti keju. 

Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. 
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak 
silap).

Tambahkan air suam 3/4 tin.
*konsistensi kuah tak terlalu cair atau ketara pekat.



Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.

* jangan guna kicap masin



Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. 

Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)
Kacau sebati.

Tutup api setelah cukup semua rasa.



Siap. 



Hidangan lengkap.
Selamat mencuba.

Boleh follow facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lengkap lagi.



Sumber Wow!! Tidak Pelik La Viral, Ibu Muda Ini Perturunkan Ilmu Rahsia Bagaimana Ingin Masak Sos Blackpepper Viral, Kalah Makan Kat Kedai Beb.. Padu Sangat Ni!

Post a Comment

Previous Post Next Post