Gambar ini menghiasi dada sebuah akhbar yang diterbitkan agensi akhbar tempatan iaitu Vidette-Messenger, terletak di Valparaiso, Indiana, Amerika Syarikat, bertarikh 5 Ogos,1948. ‘Iklan’ ini juga turut diterbitkan beberapa akhbar lain.
Sedikit latar belakang mengenai akhbar tersebut, Vidette-Messenger telah ditukar namanya kepada Vidette-Times setelah dibeli oleh Howard Publications pada tahun 1994.
Dapat dilihat dengan jelas perasaan gementar dan keliru kanak-kanak di dalam gambar tersebut apabila melihat ibu mereka yang mengandung itu memalingkan wajahnya dari jurugambar.
Kapsyen yang tertulis mengenai gambar yang disiarkan didalam akhbar tersebut adalah seperti berikut;
“Papan tanda besar ‘Untuk Dijual’ yang terletak di halaman sebuah rumah di Chicago, seakan menggambarkan kisah tragis pasangan suami isteri Encik dan Puan Ray Chalifoux yang berdepan tindakan pengusiran dari apartmen mereka. Tanpa tempat untuk memohon pertolongan, pemandu trak arang batu yang kini tidak mempunyai pekerjaan dan isterinya membuat keputusan untuk menjual keempat-empat anak mereka. Puan Lucille Chalifoux memalingkan wajah dari kamera sambil ditenung anak-anaknya dengan rasa keliru. Di anak tangga bahagian atas adalah Lana dan Rae, masing-masing berumur 6 dan 5 tahun. Manakala di anak tangga bawah adalah Milton dan Sue Ellen, masing-masing berumur 4 dan 2 tahun.
Ada di antara ahli keluarga Puan Chalifoux menuduh beliau bahawa gambar ini hanyalah sekadar lakonan dan beliau telah dibayar untuk melakukan perkara sebegini. Namun sebaliknya, Puan Chalifoux memang telah berniat dan serius untuk menjual anak-anaknya. Dalam masa 2 tahun selepas gambar ini diambil, kesemua anak termasuk bayi di dalam kandungan beliau juga telah dijual kepada keluarga berlainan.
Dipisahkan..
Rae Ann Mills dan adik lelakinya Milton telah dijual kepada keluarga pasangan Zoeteman pada 27 Ogos, 1950. Nama mereka juga telah ditukar menjadi Beverly dan Kenneth. Walaupun situasi di rumah keluarga kandung mereka berdua berada dalam keadaan genting, rumah “ibu bapa baru” mereka bukanlah penyelamat kepada kedua-dua adik beradik malang tersebut.
Mereka sering dirantai di bangsal dan dipaksa bekerja lebih masa di ladang milik keluarga tersebut. Milton masih memperingati tentang ketika dipanggil ‘hamba’ oleh figura bapa barunya. Satu gelaran yang ‘diterima’ Milton oleh kerana tidak memahami maksud disebalik perkataan itu.
Walaupun Rae Ann dan Milton tidak melalui proses pengambilan anak angkat secara rasmi oleh pasangan ‘durjana’ tersebut, adik mereka iaitu David apabila ketika gambar diambil berada di dalam rahim ibu kandung mereka, telah melalui proses pengambilan anak angkat secara sah disisi undang-undang oleh pasangan lain iaitu Harry dan Luella McDaniel.
David dan ibubapa baru beliau yang hanya tinggal beberapa batu dari kediaman pasangan ‘dari neraka’ Zoeteman, memperingati bahawa beliau sering melawati kakak dan abangnya dengan mengayuh basikal, untuk membuka rantai mereka berdua, sebelum pulang ke rumahnya.
Meningkat remaja.
Ketika Rae Ann berumur 17 tahun, beliau meninggalkan rumah tersebut, tidak lama selepas mengalami situasi kejam dan traumatik, apabila beliau telah diculik dan dirogol yang kemudiannya mengakibatkan gadis remaja itu mengandung. Rae Ann telah dihantar ke rumah bagi remaja mengandung dan selepas melalui proses bersalin, setibanya Rae Ann kembali pulang ke rumah, bayi Rae Ann telah diserahkan sebagai anak angkat.
Manakala apabila Milton meningkat dewasa pula, Milton bertindak balas dengan amukan ganas yang disebabkan oleh segala pukulan, penderaan dan kelaparan yang dihadapi beliau. Hakim memutuskan bahawa Milton merupakan ancaman kepada masyarakat. Dan beliau menghabiskan beberapa tahun di sebuah hospital mental selepas terpaksa memilih diantara hospital mental dan pusat tahanan juvana.
Kedua-dua beradik tersebut tidak mengetahui nasib apa yang menimpa terhadap dua lagi adik beradik mereka iaitu Lana dan Sue Ellen. Walaubagaimanapun, ia selepas bertahun-tahun kemudian, mereka dapat berhubung kembali melalui media sosial. Bagaimanapun, Lana telah meninggal dunia pada tahun 1998 akibat kanser, tetapi Sue Ellen masih hidup.
Sue Ellen dibesarkan tidak jauh dari rumah asal mereka di kejiranan Chicago East Side. Pendapat Sue Ellen mengenai ibu kandung mereka adalah seperti berikut;
“She needs to be in hell burning”.
Dewasa
Wanita di dalam gambar iaitu ibu kandung mereka, telah berkahwin lagi sekali, selepas ‘memberi’ atau menjual 5 orang anak-anaknya dan kemudiannya memperoleh 4 orang anak perempuan yang baharu bersama suami baru.
Apabila anak-anak yang telah dijual itu bertemu ibu kandung mereka, mereka menggambarkan beliau seperti seolah tiada rasa kasih dan sayang dan langsung tiada penyesalan terhadap perbuatan beliau menjual mereka.
Walaubagaimanapun, David McDaniel mempunyai pendapat yang berlainan tentang sikap dingin ibunya dan ianya seperti berikut;
“Sejurus ibu melihat saya, ibu berkata ‘Kamu kelihatan seperti ayah kamu’ .”
Tambah McDaniel lagi;
“Ibu tidak pernah memohon maaf. Ketika itu, ia adalah tentang kemandirian. Siapa kita untuk menghukum? Kita hanyalah manusia, kita semua membuat kesilapan. Dia (ibu) mungkin fikirkan tentang anak-anaknya, dan tidak mahu mereka (kami) mati.”
Menurut perspektif Milton tentang situasi tersebut adalah seperti berikut;
“Ibu kandung saya, tidak pernah menyayangi saya. Ibu tidak memohon maaf kerana menjual saya. Ibu sangat bencikan saya, sehingga dia tak kisahkan saya.”
Sumber:
“4 Children for Sale”, 1948. Retrieved from: https://
“Finding peace in a life sold for $2”. Retrieved from:https://ift.tt/2Euygkw