Sudah jadi kebiasaan bagi mana-mana negara berusaha menaikkan prestij mereka di mata dunia dalam pelbagai segi seperti politik, ekonomi dan sosial. Dan bagi Malaysia pula, salah satu aspirasi kerajaan baru hari ini ialah cuba menonjolkan diri mereka sebagai jaguh hak asasi manusia seiring dengan hak-hak yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi apakah berbaloi jika yang dikorbankan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam?
Ini sesuatu yang merungsingkan ramai terutama selepas mendengar ucapan P. Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) di Parlimen baru-baru ini. Semasa membahaskan usul dasar hala tuju dasar luar Malaysia Baru, beliau mendesak Kementerian Luar mengesahkan semula beberapa konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang termasuk dalam International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR). Pengesahan konvensyen ini dijangka akan dibuat menjelang Semakan Berkala Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia PBB Sesi Ke-31 yang dijadual berlangsung pada 8 November 2018 di Geneva, Switzerland.
Ada yang kata pengesahan ini tidak akan memberi kesan kepada kedudukan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Tetapi hakikatnya, kesannya terlalu dahsyat. Contoh, saya ingin petik Artikel 2, The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I:
- States Parties condemn racial discrimination and undertake to pursue by all appropriate means and without delay a policy of eliminating racial discrimination in all its forms and promoting understanding among all races, and, to this end:
(a) Each State Party undertakes to engage in no act or practice of racial discrimination against persons, groups of persons or institutions and to en sure that all public authorities and public institutions, national and local, shall act in conformity with this obligation;(b) Each State Party undertakes not to sponsor, defend or support racial discrimination by any persons or organizations;(c) Each State Party shall take effective measures to review governmental, national and local policies, and to amend, rescind or nullify any laws and regulations which have the effect of creating or perpetuating racial discrimination wherever it exists;
(d) Each State Party shall prohibit and bring to an end, by all appropriate means, including legislation as required by circumstances, racial discrimination by any persons, group or organization;
(e) Each State Party undertakes to encourage, where appropriate, integrationist multiracial organizations and movements and other means of eliminating barriers between races, and to discourage anything which tends to strengthen racial division.
- States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case entail as a consequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.
Secara ringkas, maksud artikel berkenaan ialah sebarang bentuk keistimewaan yang diberi kepada mana-mana individu atau kaum mengatasi individu atau kaum yang lain tidak patut wujud dan harus dimansuhkan. Ini kerana ia merupakan satu bentuk diskriminasi di mana manusia itu seharusnya dilayan sama rata tanpa mengira warna kulit atau bangsa. Nampak baik dari segi teori tetapi jika diaplikasikan dalam situasi negara hari ini, ia sudah pasti akan merugikan orang Melayu. Antara perkara yang akan hilang jika ia diteruskan:
- MARA ditutup
- MRSM ditutup
- UiTM ditutup
- RizabTanah Melayu hendaklah dihapuskan.
- Askar Regimen Melayu adalah mendiskriminasi.
- Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
- Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
- Syarat bumiputera dalam tender dan lesen dihapuskan.
(Kecualilah dipinda lain dari tujuan asalnya)
Jadi, bolehkah kita meletakkan reservasi (pengecualian) terhadap konvensyen tersebut? Secara praktikal boleh tetapi tiada makna kalau kita meratifikasikannya. Kenapa? Di dalam perlembagaan sebarang diskriminasi adalah menyalahi undang-undang kecuali sekiranya ia sudah termaktub di dalam perlembagaan seperti Artikel 153. Kesemua perkara yang disenaraikan di atas adalah disebabkan atau dibenarkan oleh artikel 153.
Tujuan utama ratifikasi adalah untuk meneutralkan Artikel 153 dan sebarang bentuk pengecualian sama sekali tidak akan memberi kesan ke atas konvention tersebut. Malah, bersiap sedialah jika ada negara luar yang mengkritik langkah pengecualian sedemikian.
Kedua, lihat Artikel 18, The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) dan Artikel 14, Convention on the Rights of the Child (CRC):
Artikel 18: Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.
Artikel 14: States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.
Secara ringkas, ia bermaksud manusia mempunyai hak menukar agama atau kepercayaan mengikut kebebasan mereka termasuk membabitkan anak-anak. Jika anda perasan, ia sebenarnya boleh menjurus kepada peningkatan gejala murtad jika ia diluluskan.
Ini kerana hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu lebih terarah kepada kebebasan penganut dalam mengamalkan dan mengembangkan agama masing-masing di Persekutuan serta turut perlu dijelaskan bahawa terdapat sekatan bagi penyebaran agama selain Islam di Persekutuan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Hal tersebut adalah selaras dengan keutamaan agama Islam dalam Persekutuan menurut Perkara 3 (1) dan seseorang penganut Islam adalah tetap tertakluk kepada undang-undang Islam sebagai undang-undang diri yang mengikat mereka melalui Senarai Negeri (Senarai II) Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan.
Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing-masing.
Dan jika ia tetap diteruskan, ia seolah-olah mencabar kuasa Mahkamah Syariah berkenaan soal ini. Bagi kesalahan percubaan murtad contohnya di Sabah, ia menyatakan kesalahan berkaitan murtad dengan istilah “percubaan murtad” seperti yang dicatatkan di dalam Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah:
Jika tiga perkara ini tetap diteruskan, ia seolah-olah mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan. Belum lihat lagi apa impak konvensyen-konvensyen lain jika ia diteruskan juga kerajaan hari ini. Kita semua tahu apa yang cuba dilakukan ini semata-mata untuk memenuhi manifesto ke-26 kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod ‘hak asasi’ manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa.
Tetapi apakah ia berbaloi mengetepikan hak sesebuah bangsa majoriti dan agama rasmi negara atas nama ‘pengiktirafan dunia’ dan sebuah kertas bernama manifesto? Percayalah, ia takkan berbaloi sebab berdasarkan pengalaman, ia hanya satu falasi bertopengkan propaganda sahaja.
Jangan lupa juga untuk tandatangan petisyen bagi menentang sebarang bentuk ratifikasi yang akan memakan HAK 153 ORANG MELAYU!!!
Tolong sign petition ini di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
SUMBER
- Nasri, Mohd Sabree dan Shiddeq, Mohd Sopiee. (2016). Kolej Universiti Islam Melaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia. MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA.
- United Nations. Universal Declaration of Human Rights. https://ift.tt/2ytPXLN
- United Nations Human Rights. International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. https://ift.tt/2yXAO4A fbclid=IwAR1QgD0lbjP__YIpzevqXuupkP9dA9uOXZPkUsFzpG4cX0PJnff-gP7fdF4